Apakah salin dagangan?

Namanya sudah menjelaskan! Salin dagangan membolehkan anda menyalin secara langsung kedudukan yang diambil daripada pedagang lain. Anda tentukan jumlah yang ingin dilaburkan dan hanya salin segala-galanya yang mereka lakukan secara automatik pada masa nyata – apabila pedagang tersebut membuat dagangan, akaun anda juga akan membuat dagangan yang sama itu.

Anda tidak perlu membuat sebarang input pada dagangan tersebut dan anda mendapat pulangan yang sama bagi setiap dagangan sepertimana pedagang pilihan anda.

Salin dagangan adalah salah satu daripada cara yang terbaik untuk menggunakan pengetahuan pakar pedagang lain. Ini juga bermakna anda tidak kehilangan kawalan terhadap hasilnya. Anda masih mempunyai keupayaan untuk menutup dagangan dan membuka dagangan baru bila-bila masa anda inginkan.

Tetapi dengan menyalin pedagang lain, anda berpotensi menghasilkan wang berdasarkan kemahiran mereka.

Malah, anda tidak memerlukan pengetahuan lanjutan tentang pasaran kewangan untuk mengambil bahagian!

Kisah 'salin dagangan'

Sejarah salin dagangan bermula pada tahun 2005 apabila pedagang menyalin algoritma tertentu yang dibangunkan melalui dagangan automatik. Broker mengenal pasti potensi mempunyai sistem yang mana-mana sistem yang dihubungkan dengan pedagang itu boleh menyalin akaun dagangan mereka secara automatik. Tidak perlu sentiasa memantau isyarat e-mel atau bilik 'sembang' dagangan. Kami fikir mereka ada sesuatu…

Maka terhasillah Etoro dan Zulutrade yang membolehkan pedagang menghubungkan akaun dagangan peribadi mereka dengan platform mereka. Pedagang tidak perlu lagi menyerahkan strategi mereka yang khusus. Sejak itu populariti salin dagangan telah tersebar dengan meluas.

Berdasarkan kaji selidik baru-baru ini…

  • 1 daripada 3 mengatakan pendekatan pasaran saham tradisional terlalu rumit dan ini boleh dimudahkan dengan mengikuti pedagang secara automatik
  • 1 daripada 4 pelabur berkata mereka mempertimbangkan Dagangan Sosial pada tahun lepas
  • Platform dagangan sosial dijangka berkembang kepada €40 bilion pada tahun 2020 (pertumbuhan tahunan 96%) dan €70 bilion pada tahun 2025 (pertumbuhan tahunan 48%)

Bagaimanakah salin dagangan berfungsi?

Salin dagangan ialah dagangan automatik yang dipermudahkan. Berikut ialah panduan langkah demi langkah yang mudah:

1 Pilih pedagang yang paling sepadan dengan matlamat anda untuk diikuti, menggunakan alat yang disediakan oleh platform FXTM Invest untuk menapis pedagang yang tersedia. Apakah perkara yang penting bagi anda? Mungkin bilangan pengikut mereka, keberuntungan, tahap risiko, jumlah keseluruhan dana yang mereka urus atau pulangan pelaburan mereka. Anda mungkin memilih gabungan daripada perkara ini – terpulang kepada anda sepenuhnya, berdasarkan apa-apa perkara yang anda fikir penting.
2 Tentukan jumlah pelaburan anda, dan cara anda akan berkongsinya dalam kalangan pengurus yang berbeza. Amalkan keseimbangan dan jangan laburkan semua dana anda pada satu pedagang, oleh itu pilih jumlah yang hendak diperuntukkan pada setiap pedagang yang dipilih jika anda memilih lebih daripada satu orang untuk disalin. Untuk bimbingan lanjut, tonton video singkat kami.
3 Platform salin dagangan kemudiannya akan meniru secara automatik semua kedudukan pedagang yang dipilih dalam akaun dagangan anda.
4Tambahkan lebih banyak dana jika anda berpuas hati dengan prestasi pedagang itu. Atau, kurangkan pendedahan anda kepada satu pedagang dan pelbagaikan portfolio anda dengan tidak membuat pelaburan yang terlalu banyak pada seorang pedagang. Anda boleh menggantikan pedagang anda yang sedia ada pada bila-bila masa, hanya ingat bahawa anda memerlukan akaun Pelaburan yang berasingan bagi setiap pedagang yang anda pilih untuk diikuti.
5Tiada bayaran khas yang dikenakan untuk menggunakan fungsi salin dagangan, selain bayaran yang anda bayar kepada Pengurus Strategi apabila mereka menghasilkan keuntungan. Mana-mana bayaran pembrokeran yang akan dikenakan pada dagangan biasa akan dikenakan pada dagangan salinan.

Apakah pasaran yang paling sesuai untuk salin dagangan?

Anda boleh menyalin dagangan pada semua pasaran, termasuk: Pasaran FX, indeks, saham dan Komoditi.

Jika anda ingin memasuki pasaran FX tetapi kesuntukan masa, salin dagangan membolehkan anda terlibat tanpa perlu mempelajari kemahiran teknikal lanjutan. Hal ini sangat memakan waktu.

Sangat mudah untuk berdagang masuk dan keluar daripada pasaran yang berbeza jika anda menginginkan lebih banyak pendedahan dalam satu pasaran berbanding yang lain. Mungkin anda kurang memahami tentang saham teknologi tetapi ingin berdagang Apple atau Netflix?

Mari kita ingat semula tentang pasaran FX yang merupakan pasaran global yang terbesar didagangkan, jauh lebih tinggi berbanding yang lain:

  • Pasaran FX global bernilai $1,934,500,000,000
  • Nilai ini 27 kali ganda lebih besar daripada pasaran ekuiti
  • Volum harian dagangan FX 53 kali ganda lebih besar daripada NYSE
  • Lebih 85% daripada urus niaga FX dilakukan semata-mata pada mata wang utama iaitu EURUSD, USDJPY, GBPUSD, USDCAD, AUDUSD, NZDUSD dan USDCHF.
  • Ketahui lebih lanjut tentang FX dan caranya

Manfaat dan risiko salin dagangan

Manfaat

Kelebihan salin dagangan adalah sebabnya ciri ini menjadi sangat popular.

Apakah matlamatnya? Untuk mencari pedagang yang mempunyai rekod prestasi yang mantap dan gaya dagangan yang anda ingin ikuti.

Atau anda boleh mengagihkan risiko pada portfolio anda yang akan membolehkan anda mengharungi turun naik pasaran supaya anda dapat berdagang untuk tempoh jangka panjang.

Kebolehcapaian

salin dagangan menyediakan laluan ke dalam dagangan yang menarik dan dapat dicapai. Kemajuan yang besar dalam dagangan sosial dan berbilang rangkaian dagangan sosial bermakna sekarang ini tersedia secara bebas.

Tingkatkan pengetahuan dagangan anda

salin dagangan membolehkan anda mengikuti aktiviti dagangan pedagang yang berpengalaman, sesetengahnya mempunyai kepakaran dan pengetahuan selama bertahun-tahun. Anda boleh belajar daripada pemerhatian dengan mereplikasi kejayaan mereka dan membangunkan dagangan anda sendiri.

Kepelbagaian

dengan pelbagai pilihan strategi dagangan yang ditawarkan, anda dapat memperuntukkan portfolio anda kepada ramai penyedia merentasi aset yang berbeza. Anda boleh mengimbangi kerugian jika prestasi salah seorang pedagang tidak memberangsangkan dengan mengagihkan risiko yang berkaitan dengan keputusan individu. Anda juga berpotensi untuk menghasilkan wang dalam beberapa jenis persekitaran pasaran.

Tanya kepada diri sendiri…

anda ingin mendapatkan sebahagian pendedahan kepada minyak kerana Arab Saudi mudah terdedah kepada tindakan sabotaj? Adakah anda ingin memanfaatkan pergerakan intrahari semasa sidang media Jerome Powell? Atau mungkin anda berpuas hati dengan hidup yang lebih tenang, ketaktentuan lebih rendah, pelaburan hijau? Anda boleh mendapatkan mana-mana pendedahan yang diinginkan, mengikut syarat anda dengan memanfaatkan kepakaran global.

Masa lapang

anda boleh terus berdagang dalam pasaran sepanjang hari kerana orang yang anda pilih memantau dan mendagangkannya. Ini bermakna anda boleh meluangkan masa untuk hobi anda yang lain!


Risiko

Risiko utama bagi salin dagangan ialah – anda mengambil bahagian dalam risiko dengan implikasi kewangan. Berdagang secara semula jadinya ialah usaha yang berisiko tinggi dengan ganjaran yang tinggi.

Risiko pasaran

salin dagangan, seperti mana-mana dagangan dalam pasaran kewangan, melibatkan tindakan merisikokan modal anda. Tidak dapat dielakkan, risiko pasaran yang berkaitan dengan perkara ini bermakna anda boleh kerugian modal tersebut kerana aset yang pedagang pilihan anda telah beli dan jual mungkin terbukti tidak berjaya.

Sejarah Pedagang

memilih pedagang jangka panjang yang boleh dipercayai untuk disalin mungkin sukar. Terpulang kepada anda untuk menelitinya sendiri untuk memastikan anda memahami pedagang pilihan anda. Kadang-kadang, keputusannya macam tak boleh dipercayai atau pedagang melalui beberapa kejayaan yang berulang bermakna penurunan hampir berlaku.

Risiko pelaksanaan

seperti mana-mana dagangan kewangan, terdapat risiko yang terlibat jika aset didagangkan tak cair iaitu semudah mana untuk keluar daripada kedudukan yang dipegang. Anda juga perlu mengetahui tentang perkara lain seperti kos yang terkandung dalam pulangan pedagang salinan dan spread adakah spread bida/tawaran sudah termasuk dalam pulangan yang diterbitkan.

Platform salin dagangan

Kebanyakan perisian akan mempunyai pilihan tiga jenis fungsi salin dagangan – automatik, separa automatik dan manual.

FXTM menawarkan platform dagangan FX yang terkemuka dalam industri, MT4 secara langsung pada PC, MAC, peranti mudah alih atau tablet supaya anda boleh berdagang mengikut kesesuaian anda, pada bila-bila masa dan di mana-mana anda suka.

Teknologi termaju MetaTrader dan digabungkan dengan perkhidmatan dagangan FXTM yang tiada tandingannya memberikan pengalaman yang berkualiti tinggi kepada pengguna.

  • Manual serupa dengan dagangan 'biasa' iaitu anda membuat keputusan tentang pedagang yang ingin diikuti dan dagangan yang ingin disalin. Ramai orang turut merujuk perkara ini sebagai dagangan sosial.
  • Dagangan Separa Automatik membolehkan anda melihat semua kedudukan pedagang pilihan anda. Kemudian anda boleh memilih kedudukan yang ingin disalin dan berdagang sendiri atau mengikuti secara automatik bermakna pedagang pilihan anda menerajuinya.
  • Automatik ialah pakej penuh dan inilah yang ditawarkan oleh FXTM Invest – anda memilih pedagang dan strategi yang paling sesuai dengan profil risiko anda. Semua kedudukan dan dagangan yang selanjutnya direplikasi secara automatik.

Istilah salin dagangan

Terdapat beberapa istilah asas yang perlu diketahui sebelum melangkah ke dunia salin dagangan. Kami kumpulkan dalam senarai yang berguna di sini:

Kepelbagaian

membolehkan anda melindungi risiko dagangan dengan menggabungkan strategi dan aset dagangan yang berbeza dalam pelbagai keadaan pasaran. Inilah manfaat utama salin dagangan.

Penurunan

ialah penyusutan ekuiti dalam akaun pedagang, biasanya daripada puncak relatif ke jurang relatif. Ia boleh diungkapkan dalam sebutan mutlak atau dari segi peratusan.

Garisan Ekuiti

ialah perwakilan bergraf bagi baki akaun pembekal isyarat.

Analisis Fundamental

ialah pemahaman tentang semua berita termasuk ekonomi dan politik sehinggalah ramalan pergerakan harga akan datang.

Pelabur

ialah orang yang mengikuti pedagang lain untuk memanfaatkan maklumat mereka atau menyalin dagangan mereka secara langsung.

Dagangan cermin

membolehkan anda menyalin strategi pedagang yang sebenar.

Pengurusan wang/risiko

ialah cara untuk mengawal risiko dan faktor yang paling penting adalah menentukan kejayaan atau kegagalan. Berapakah yang perlu ditetapkan kepada setiap pembekal dan setiap strategi?

Pembekal Isyarat

ialah pedagang yang mengenal pasti isyarat untuk diikuti oleh pelabur atau pengikut/penyalin.

Gelinciran

ialah perbezaan pip antara harga pesanan dan harga pelaksanaan bagi pelaksanaan dagangan. Oleh sebab ketaktentuan pasaran atau sambungan Internet yang lembap, harga pesanan boleh berubah sebelum mencapai broker untuk transaksi.

Dagangan Sosial

membolehkan anda menyalin transaksi yang dibuat oleh seorang atau lebih pelabur dalam rangkaian sosial.

Paras Henti

harga yang pedagang pilih untuk menutup dagangan langsung untuk mengehadkan kerugian jika pasaran bergerak menentang anda. Para henti rugi bergantung pada strategi dagangan.

Simbol

simbol ticker mata wang digunakan dalam pasaran forex untuk mewakili pasangan yang didagangkan. Sesuatu mata wang, seperti dolar, tidak pernah dibeli atau dijual dalam sebutan mutlak, tetapi sentiasa secara berhubungan dengan yang lain.

Analisis Teknikal

selalunya bermakna carta yang pedagang gunakan untuk mentafsirkan tindakan harga yang lepas dan kelakuan untuk arah pada masa depan.

Glosari yang lebih meluas boleh didapati di sini.

FXTM Invest

FXTM Invest ialah cara kami yang unik dan inovatif untuk mencari pedagang yang paling sesuai untuk disalin.

FXTM Invest membolehkan anda mengakses peluang dagangan tanpa mempunyai kemahiran teknikal lanjutan.

Anda mengekalkan kawalan penuh terhadap wang anda dan anda hanya membayar yuran kepada Pengurus Strategi apabila mereka menghasilkan keuntungan untuk akaun Pelaburan anda

Apa kata anda layari FXTM Invest untuk bermula?

Pengurus Strategi

Choose experienced traders, follow them, and sit back while they do all the work.

Kami menganalisis dan menjejaki Pengurus Strategi kami 24 jam sehari 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Kami menentukan kedudukan mereka berdasarkan prestasi dagangan mereka menggunakan pelbagai ukuran prestasi dan kualiti.

Anda boleh mencari dan menapis mengikut pulangan pelaburan, profil risiko, gaya dagangan dan banyak lagi kriteria supaya anda dapat mencari strategi yang terbaik untuk anda.

Pergi ke halaman Pengurus Strategi untuk menyemak pengurus kami dengan prestasi tertinggi.

Anda pedagang berpengalaman? Anda boleh mendapatkan modal tambahan dengan kemahiran FX anda dengan menjadi Pengurus Strategi FXTM Invest. Kami menyediakan alatan dan platform, manakala pedagang dari seluruh dunia mengikuti dan melabur dalam strategi dagangan anda.

5 Langkah Mudah Penyediaan:

  • 1Pilih Pengurus Strategi
  • 2Buat deposit dari serendah $100
  • 3Salin Strategi secara automatik
  • 4Dapat untung apabila mereka untung
  • 5Kongsi peratusan dengan Pengurus Strategi

Layari FXTM Invest untuk bermula.

Sudah bersedia untuk mencuba salin dagangan dengan FXTM Invest?

Isikan borang untuk bermula dan
anda akan mempunyai akaun Pelaburan dalam masa beberapa minit!


Ingin memahami selanjutnya tentang cara FXTM Invest berfungsi? Hubungi kami – kami bersedia untuk membantu

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).