Skrill / Moneybookers

MatawangGBP, PLN, USD, EUR, CZK
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSegera

VIP Program VIP Skrill:

  • Pengesahan pantas dan peningkatan had deposit dan pembayaran
  • MasterCard® PRABAYAR Skrill PERCUMA
  • Caj deposit anda ditanggung oleh FXTM
  • Serta pelbagai manfaat lain pada akaun Skrill anda

Bagaimana untuk Membuat Deposit ke Akaun ForexTime (FXTM)

  1. Pada menu atas dalam MyFXTM, pilih "Bayar Deposit". Di dalam borang yang akan terbuka, pastikan anda telah memilih "Bayar Deposit" sebagai "Jenis Pemindahan". Pilih akaun dagangan yang ingin anda depositkan dan pilih "Moneybookers (Skrill)" sebagai "Kaedah Pemindahan". Dalam "Matawang Pemindahan", pilih matawang yang disebut pada akaun anda, masukkan jumlah deposit yang anda inginkan dan klik "Pasti".
  2. Apabila anda telah memeriksa bahawa semua maklumat anda adalah tepat, klik "Hantar". Apabila anda telah menekan hantar anda kemudian akan dialihkan ke laman Moneybookers (Skrill) dan akan diminta untuk menghantar butiran log masuk Moneybookers (Skrill) anda. Jika anda tidak mempunyai akaun, anda boleh mendaftar pada laman Moneybookers (Skrill).

    Sudah mempunyai akaun Moneybookers (Skrill)?

    Hanya masukkan butiran log masuk anda (emel dan kata laluan) dan hantar pemindahan anda.

    Tidak mempunyai akaun Moneybookers (Skrill)?

    Pada tetingkap alihan Moneybookers (Skrill), masukkan semua data diperlukan untuk mendaftar akaun. Jika anda ingin menggunakan kad debit/kredit sila muat naik ke akaun Moneybookers (Skrill) anda dan depositkan dana ke e-dompet anda. ForexTime (FXTM) kemudian boleh menerima dana dari e-dompet anda.

  3. Anda boleh melihat status deposit anda di dalam Sejarah MyFXTM.

Maklumat Penting

1. Anda hanya boleh melakukan deposit dari Moneybookers/ Skrill eWallet anda sendiri.

2. Tiada bayaran pihak ketiga yang dibenarkan.

3. Untuk memindahkan dana menggunakan kad kredit/debit anda, sila lakukan deposit kad kredit/debit ke Moneybookers/ Skrill e-Wallet anda dan kemudian lakukan permintaan deposit di dalam MyFXTM menggunakan butiran log masuk Moneybookers/ Skrill anda.

4. Nama dan alamat e-mel yang telah anda daftarkan dengan Moneybookers/ Skrill haruslah sepadan dengan nama dan alamat e-mel pada akaun MyFXTM anda. Sekiranya anda menggunakan alamat e-mel yang berbeza semasa mendaftar dengan Moneybookers/ Skrill, anda perlu menyenaraikannya sebagai alamat e-mel tambahan di dalam “Butiran Anda" (log masuk diperlukan) di dalam MyFXTM dan tetapkan e-mel yang anda gunakan untuk Moneybookers/ Skrill anda.

5. Sekiranya alamat kediaman yang anda sediakan di dalam Moneybookers/ Skrill anda berbeza dengan alamat yang telah anda sediakan di dalam MyFXTM, kami mungkin akan meminta penjelasan anda berhubung perkara ini dengan meminta pengesahan alamat kedua yang telah anda sediakan (bil utiliti atau penyata bank).

6. Tiada jumlah deposit minimum bagi setiap transaksi. Jumlah deposit maksimum setiap transaksi adalah 10,000 EUR (atau bersamaan – lihat jadual di atas bagi matawang yang disokong).

7. Sekiranya transaksi Moneybookers/ Skrill dibuat di dalam matawang yang tidak disokong (sila periksa jadual di atas bagi matawang yang disokong), deposit anda akan ditukarkan ke matawang pilihan anda yang disokong. Sila ambil perhatian bahawa Moneybookers/ Skrill mungkin mengenakan caj penukaran.

8. Sekiranya akaun dagangan dan deposit anda dinamakan di dalam matawang berbeza, transaksi adalah tertakluk kepada penukaran dan caj mungkin dikenakan, seperti di dalam Kadar Penukaran (log masuk diperlukan) di dalam MyFXTM.

9. FXTM tidak mengenakan sebarang caj komisen bagi deposit yang dibuat melalui Moneybookers/ Skrill.

MatawangGBP, PLN, USD, EUR, CZK
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa Pemprosesan24 jam

VIP Program VIP Skrill:

  • Pengesahan pantas dan peningkatan had deposit dan pembayaran
  • MasterCard® PRABAYAR Skrill PERCUMA
  • Caj deposit anda ditanggung oleh FXTM
  • Serta pelbagai manfaat lain pada akaun Skrill anda

Jika anda ingin mengeluarkan dana dari akaun dagangan anda ke akaun Moneybookers (Skrill) anda, anda harus melengkapkan permintaan dalam MyFXTM.

Bagaimana untuk mengeluarkan dana dari Akaun ForexTime (FXTM) anda

  1. Pilih Pengeluaran Dana dari menu atas dalam MyFXTM. Apabila anda pasti anda telah memilih "Pengeluaran" sebagai "Kaedah Pemindahan" dalam borang yang terbuka, pilih akaun dagangan yang anda ingin lakukan pemindahan darinya. Dalam "Kaedah Pemindahan", pilih "Moneybookers (Skrill)".
  2. Pilih matawang mana yang anda ingin pengeluaran ditukarkan, dalam "Matawang Moneybookers (Skrill)". Sebelum mengisi keseluruhan borang tersebut dan menekan "Pasti", sila pastikan anda telah membaca syarat pengeluaran kami.
  3. Anda boleh mengawasi status pengeluaran anda di dalam "Sejarah MyFXTM".

Maklumat Penting

Sila ambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut semasa melakukan pengeluaran:

1. Dana tidak boleh dikeluarkan ke akaun pihak ketiga.

2. Pengeluaran hanya boleh dibuat ke akaun Moneybookers/ Skrill sama yang digunakan untuk mendepositkan dana.

3. Untuk mengeluarkan dana melalui Moneybookers/ Skrill, anda perlu mempunyai dana yang didepositkan menggunakan kaedah yang sama.

4. Sila semak jika anda mempunyai margin bebas yang mencukupi di dalam akaun anda bagi menampung jumlah pengeluaran tersebut. Sekiranya margin bebas anda tidak mencukupi, anda perlu menutup sebarang posisi terbuka.

5. Masa pemprosesan bagi pengeluaran biasanya dalam tempoh 24 jam daripada permohonan pengeluaran. Selepas dana diproses oleh FXTM, ia akan dikreditkan ke akaun Moneybookers/ Skrill anda. Mungkin akan berlaku sedikit kelewatan sekiranya kami gagal mengesahkan maklumat anda.

6. Keuntungan dagangan boleh dikeluarkan menggunakan Moneybookers/ Skrill selagi dana dikeluarkan ke akaun Moneybookers/ Skrill sama yang digunakan untuk mendana akaun dagangan anda. Keuntungan juga boleh dikeluarkan oleh wayar bank, tetapi kami memerlukan penyata bank yang mengesahkan nama pemegang akaun, yang haruslah sama dengan nama yang anda serahkan semasa mendaftar dengan FXTM.

7. Kadar penukaran kami dikemaskini setiap hari.

8. Tiada jumlah pengeluaran minimum bagi setiap transaksi. Jumlah pengeluaran maksimum adalah 10,000 USD (atau sama nilai – lihat jadual di atas bagi matawang yang disokong) setiap transaksi.

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).