Pengiktirafan risiko dan pendedahan

1. Amaran Risiko

Bakal pelanggan perlu belajar mengenai amaran risiko berikut secara berhati-hati. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak meneroka atau menjelaskan semua risiko yang terlibat apabila berurusan dengan Peralatan Kewangan. Kami menggariskan ciri-ciri umum risiko dalam berurusan dengan Peralatan Kewangan secara saksama dan tidak mengelirukan.

Khususnya, Contracts for Difference ('CFD') adalah produk kewangan yang kompleks dan tidak sesuai untuk semua pelabur. CFD adalah produk leveraj yang matang apabila anda memilih untuk tutup posisi yang sedang terbuka. Dengan melabur dalam CFD, anda menanggung tahap risiko yang tinggi dan boleh menyebabkan kehilangan semua modal yang anda laburkan.

Melainkan jika pelanggan tahu dan faham risiko yang terlibat dalam setiap Peralatan Kewangan, mereka tidak seharusnya terlibat dalam sebarang aktiviti dagangan. Anda tidak boleh mengambil risiko lebih daripada apa yang anda sedia untuk kehilangan. ForexTime (FXTM) tidak akan menyediakan pelanggan dengan sebarang nasihat pelaburan yang berkaitan dengan pelaburan, urus niaga yang mungkin atau Peralatan Kewangan, dan juga kami tidak akan memberikan anda sebarang saranan pelaburan. Pelanggan perlu mempertimbangkan Peralatan Kewangan mana yang sesuai untuk mereka bergantung kepada status dan matlamat kewangan sebelum membuka akaun dengan ForexTime (FXTM). Jika pelanggan tidak jelas mengenai risiko yang terlibat dalam berdagang dengan Peralatan Kewangan, mereka perlu berunding dengan penasihat kewangan bebas. Jika pelanggan masih tidak faham mengenai risiko-risko ini selepas perundingan tersebut, kemudian mereka harus menahan diri daripada berdagang. Membeli dan menjual Peralatan Kewangan datang bersama risiko kerugian dan kerosakan dan setiap pelanggan mesti memahami bahawa nilai pelaburan boleh meningkat dan menurun, dan mereka bertanggungjawab terhadap semua kerugian dan kerosakan, yang mana akan menghasilkan lebih daripada modal pelaburan permulaan sebaik sahaja mereka membuat keputusan untuk berdagang.

2. Pengiktirafan

Risiko Teknikal
  1. Pelanggan perlu bertanggungjawab untuk risiko kerugian kewangan yang disebabkan oleh kegagalan maklumat, komunikasi, sistem elektronik dan sistem-sistem lain. Kegagalan sistem boleh menyebabkan arahannya sama ada tidak dapat dilaksanakan mengikut arahannya atau tidak dapat dilaksanakan sama sekali. Syarikat tidak akan menerima sebarang liabiliti bagi kegagalan seperti itu.
  2. Semasa berdagang melalui Terminal Pelanggan, Pelanggan hendaklah bertanggungjawab terhadap risiko kerugian kewangan yang disebabkan oleh:
    • (a) kegagalan, kerosakan atau penyalahgunaan perkakasan atau perisian pelanggan atau syarikat;
    • (b) sambungan Internet lemah sama ada di bahagian Pelanggan atau Syarikat atau keduanya, atau terputus gangguan atau penghantaran atau kegagalan rangkaian elektrik awam atau serangan penggodam, sambungan yang melebihi had;
    • (c) tetapan yang salah dalam Terminal Pelanggan;
    • (d) kemas kini Terminal Pelanggan yang lewat;
    • (e) Pelanggan mengenepikan peraturan-peraturan berkenaan yang diterangkan dalam panduan pengguna Terminal Pelanggan dan dalam Laman Web Syarikat.
  3. Pelanggan mengiktiraf bahawa pada ketika perjalanan urus niaga berlebihan, pelanggan mungkin mengalami sedikit kesulitan untuk berhubung melalui telefon dengan peniaga, terutama dalam Pasaran Pantas (sebagai contoh, apabila petunjuk ekonomi makro dikeluarkan).
Keadaan Pasaran Tidak Normal
  1. Pelanggan mengiktiraf bahawa di bawah Keadaan Pasaran Tidak Normal dalam tempoh di mana Arahan dan Permintaan yang dijalankan boleh dilanjutkan.
Platform Dagangan
  1. Pelanggan mengakui bahawa hanya satu Permintaan atau Arahan dibenarkan pada satu masa. Sebaik sahaja pelanggan menghantar Arahan atau Permintaan, sebarang Arahan atau Permintaan tambahan yang dihantar oleh pelanggan tidak akan dilayan dan mesej “Arahan dikunci” akan muncul sehingga Arahan atau Permintaan pertama dilaksanakan.
  2. Pelanggan mengakui bahawa sumber maklumat Aliran Sebut Harga yang boleh dipercayai ialah Asas Sebut Harga Pelayan sebenar. Asas Sebut Harga dalam Terminal Pelanggan bukanlah sumber yang boleh dipercayai untuk maklumat Aliran Sebut Harga kerana sambungan antara Terminal Pelanggan dan Pelayan mungkin tergendala pada ketika tertentu dan beberapa Sebut Harga mungkin tidak akan sampai kepada Terminal Pelanggan.
  3. Pelanggan mengakui bahawa apabila pelanggan menutup tetingkap meletakkan/mengubah/menghapuskan arahan atau tetingkat posisi terbuka/tertutup, Arahan atau Permintaan, yang mana telah dihantar kepada pelayan tidak akan dibatalkan.
  4. Jika pelanggan tidak menerima hasil perlaksanaan arahan-arahan yang dihantar sebelum ini tetapi mengambil keputusan untuk mengulangi arahan tersebut, pelanggan akan menerima risiko kerana membuat dua urus niaga bukannya satu, tetapi pelanggan mungkin menerima mesej “Arahan dikunci” seperti yang diterangkan dalam poin 2.5 di atas.
  5. Pelanggan mengakui bahawa Arahan Belum Selesai telah dilaksanakan tetapi pelanggan menghantar arahan untuk mengubah tahapnya dan tahap Arahan Jika Selesai pada masa yang sama, satu-satunya arahan yang akan dilaksanakan ialah arahan untuk mengubah tahap Henti Kerugian dan/atau Ambil Keuntungan dalam posisi terbuka apabila Arahan Belum Selesai dicetuskan.
Komunikasi
  1. Pelanggan akan menerima risiko sebarang kerugian kewangan yang disebabkan oleh hakikat bahawa pelanggan telah menerima dengan kelewatan atau tidak menerima langsung sebarang notis daripada syarikat.
  2. Pelanggan mengakui bahawa maklumat yang dienkripsikan yang dihantar melalui emel tidak dilindungi daripada sebarang akses yang tidak dibenarkan.
  3. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap risiko berkaitan mesej-mesej emel dalaman platform dagangan yang dihantar kepada pelanggan oleh syarikat kerana mereka akan terhapus secara automatik dalam 3 (tiga) hari kalendar .
  4. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap maklumat privasi yang diterima daripada syarikat dan menerima risiko kerugian kewangan yang disebabkan oleh akses yang tidak dibenarkan oleh pihak ketiga kepada Akaun Dagangan Pelanggan
  5. Syarikat tidak akan bertanggungjawab jika pihak ketiga yang dibenarkan/tidak dibenarkan mempunyai akses kepada maklumat, termasuk alamat elektronik, komunikasi elektronik dan maklumat peribadi, capaian maklumat apabila perkara di atas dihantar antara syarikat atau mana-mana pihak, menggunakan internet atau kemudahan rangkaian komunikasi, telefon atau peralatan elektronik lain.
Peristiwa Force Majeure
  1. Jika berlaku Peristiwa Force Majeure, Pelanggan boleh menerima risiko kerugian kewangan.

3. Notis Amaran Risiko untuk Pertukaran Asing dan Produk Derivatif

  1. Notis ini tidak boleh mendedahkan semua risiko dan aspek penting lain dalam pertukaran asing dan produk derivatif seperti ciri-ciri, pilihan dan Contracts for Differences. Anda tidak perlu berurusan dengan produk-produk ini melainkan anda faham ciri-ciri mereka dan tahap pendedahan anda kepada risiko. Anda juga harus berpuas hati bahawa produk tersebut sesuai untuk anda berdasarkan keadaan dan posisi kewangan anda. Strategi tertentu seperti posisi "penyebaran” atau “stradel”, mungkin mempunyai risiko sepertimana posisi panjang atau posisi pendek.

    Walaupun forex dan peralatan derivatif boleh digunakan untuk pengurusan risiko pelaburan, sesetengah daripada produk tersebut tidak sesuai bagi kebanyakan pelabur. Anda tidak perlu terlibat dalam sebarang urusan secara langsung atau tidak dalam produk derivatif melainkan anda tahu dan faham risiko yang terlibat dan bahawa anda mungkin kehilangan semua wang anda. Peralatan berbeza melibatkan tahap pendedahan risiko yang berbeza dalam menentukan sama ada untk berdagang dalam apa-apa peralatan, anda harus tahu perkara-perkara berikut:

Kesan daripada Leveraj
  1. Di bawah syarat-syarat Dagangan Margin, pergerakan pasaran yang kecil mungkin mempunyai impak yang besar terhadap Akaun Dagangan Pelanggan. Ia adalah penting ambil perhatian bahawa semua akaun didagangkan di bawah kesan Leveraj. Pelanggan mesti mempertimbangkan bahawa jika pasaran bergerak terhadap pelanggan, pelanggan boleh mengekalkan jumlah kerugian lebih besar daripada dana yang didepositkan. Pelanggan bertanggungjawab terhadap semua risiko, sumber kewangan yang digunakan pelanggan dan untuk strategi dagangan yang terpilih.

    Adalah amat disyorkan bahawa pelanggan mengekalkan Tahap Margin (peratusan Ekuiti kepada nisbah Margin Yang Diperlukan, yang dikira sebagai Ekuiti / Margin Diperlukan * 100%) tidak kurang daripada 1,000%. Ia juga disyorkan untuk meletakkan Henti Kerugian untuk menghadkan potensi kehilangan, dan Ambil Keuntungan untuk mengumpul keuntungan, apabila ia tidak mungkin untuk pelanggan menguruskan Posisi Terbuka Pelanggan.

    Pelanggan hendaklah bertanggungjawab terhadap semua kerugian kewangan yang disebabkan oleh pembukaan posisi menggunakan akses Margin Percuma sementara dalam Akaun Dagangan yang diperoleh sebagai hasil daripada keuntungan posisi (dibatalkan oleh syarikat selepas itu) yang dibuka pada Ralat Sebut Harta (Spike) atau pada Sebut Harga yang diterima sebagai hasil Ralat Jelas.

Peralatan Tinggi Kemeruapan
  1. Beberapa peralatan dagangan dalam julat urus niaga yang luas dengan pergerakan harga yang turun naik. Oleh itu, pedagang perlu mempertimbangkan ada kemungkinan risiko kerugian juga keuntungan yang tinggi. Harga peralatan kewangan derivatif adalah berasal dari harga pendasar aset di mana peralatan tersebut merujuk kepada (sebagai contoh mata wang, saham, metal, indeks dan lain-lain). Peralatan kewangan detivatif dan pasaran berkaitan boleh menjadi sangat tidak menentu. Harga peralatan dan pendasar aset mungkin berubah secara mendadak dan melalui julat yang besar dan mungkin berlaku disebabkan sesuatu yang tidak dijangka atau perubahan dalam keadaan, yang mana tidak dapat dikawal oleh pelanggan atau syarikat. Di bawah keadaan pasaran tertentu, ia mungkin mustahil untuk perlaksanaan arahan pelanggan pada harga yang membawa kepada kerugian. Harga peralatan dan pendasar asset akan dipengaruhi oleh, antara lain, sumber yang berubah dan hubungan yang dituntut, kerajaan, pertanian, komersial dan program dan polisi dagangan, peristiwa politik dan ekonomi tempatan dan antarabangsa dan ciri-ciri psikologi tempat pasaran yang berkaitan. Oleh itu, pesanan Henti Kerugian tidak akan menjamin had kerugian.

    Pelanggan mengakui dan menerima bahawa, walau apa pun maklumat yang ditawarkan oleh syarikat, nilai peralatan mungkin menurun atau meningkat dan juga kemungkinan bahawa peralatan mungkin tiada nilai. Ini terhutang kepada sistem margin yang boleh digunakan oleh dagangan tersebut, yang mana melibatkan deposit atau margin yang rendah dari segi nilai kontrak keseluruhan, supaya pergerakan kecil boleh mempunyai kesan yang besar terhadap dagangan pelanggan. Jika pergerakan asas pasaran memihak kepada pelanggan, pelanggan mungkin memperoleh keuntungan, tapi pergerakan pasaran kecil bukan sahaja menyebabkan kerugian pada keseluruhan deposit pelanggan, tetapi juga mendedahkan pelanggan kepada kerugian yang besar.

Mudah Tunai
  1. Beberapa aset asas mungkin tidak serta-merta menjadi mudah tunai disebabkan kurang permintaan untuk aset asas tersebut dan Pelanggan tidak boleh memperoleh maklumat tentang nilainya atau takat risiko yang berkaitan.
Masa hadapan
  1. Urusniaga pada masa hadapan melibatkan obligasi untuk membuat atau mengambil, penyampaian aset jaminan kontrak pada masa akan datang, atau dalam sesetengah kes untuk menyelesaikan kedudukan dengan wang tunai. Mereka mempunyai tahap risiko yang tinggi. Penggearan atau leveraj yang sering terdapat dalam dagangan masa hadapan bermaksud deposit yang kecil atau bayaran muka boleh membawa kepada pergerakan besar dalam nilai pelaburan anda, dan boleh memberikan kesan kepada anda juga. Urusniaga pada masa hadapan mempunyai liabiliti luar jangka, dan anda seharusnya berwaspada dengan implikasinya, khususnya keperluan margin, yang mana dihuraikan di bawah.
Pilihan
  1. Terdapat pelbagai jenis pilihan dengan ciri-ciri berbeza tertakluk kepada syarat-syarat berikut.

    Pilihan Membeli:

    Pilihan membeli melibatkan risiko yang rendah daripada pilihan menjual kerana jika harga aset jaminan bergerak terhadap anda, anda tidak perlu mengambil pilihan itu. Kehilangan maksimum adalah terhad kepada premium, termasuk sebarang komisen atau caj transaksi lain. Walaubagaimanapun jika anda membeli pilihan panggilan pada kontrak niaga hadapan dan anda kemudiannya melaksanakan pilihan tersebut, anda akan memperoleh masa depan yang baik. Ini kan mendedahkan anda kepada risiko yang diterangkan di bawah urusniaga hadapan dan urusniaga pelaburan liabiliti luar jangka.

    Menulis Pilihan:

    Jika anda menulis pilihan, risiko yang terlibat adalah lebih besar daripada pilihan membeli. Anda mungkin bertanggungjawab terhadap margin untuk mengekalkan posisi dan kerugian yang dialami mungkin melebihi premium yang diterima. Dengan menulis pilihan, anda menerima kewajiban undang-undang untuk membeli atau menjual aset jaminan jika pilihan dilaksanakan terhadap anda, walau sejauh mana harga bergerak daripada harga yang dikenakan. Jika anda sudah mempunyai aset jaminan yang anda mahu jualkan (apabila pilihan dikenali sebagai pilihan panggilan tertutup) risiko boleh dikurangkan. Jika anda tidak memiliki aset pendasar (pilihan panggilan tidak tertutup) risiko adalah sangat banyak. Hanya mereka yang berpengalaman sahaja perlu menulis pilihan tidak tertutup, dan hanya selepas mendapatkan maklumat penuh berkaitan syarat-syarat berkenaan dan pendedahan potensi risiko.

Contracts for Differences
  1. CFD yang terdapat untuk dagangan dengan syarikat adalah urusniaga spot yang tidak boleh dihantar yang memberi peluang untuk mendapat keuntungan dalam perubahan kadar mata wang, komoditi, indeks pasaran saham atau harga saham yang dipanggil peralatan pendasar. Jika pergerakan peralatan pendasar seperti yang dikehendaki pelanggan, pelanggan mungkin akan menerima keuntungan yang baik, tetapi pergerakan pasaran yang kecil bukan sahaja hanya menyebabkan kerugian dalam semua deposit pelanggan secara mendadak, tetapi juga mengakibatkan komisen tambahan dan lain-lain perbelanjaan. Jadi, pelanggan tidak harus memasuki CFD melainkan dia rela mengambil risiko kehilangan kesemua wang yang dilaburkannya dan sebarang komisen dan perbelanjaan tambahan yang ada.

    Melabur dalam Contract for Differences membawa risiko yang sama seperti melabur pada masa depan atau pilihan dan anda harus sedar akan perkara ini. Urusniaga dalam Contract for Differences mungkin mengandungi liabiliti luar jangkaan dan anda harus sedar implikasinya seperti yang dinyatakan di bawah.

Pertukaran Urusniaga Dalam Derivatif
  1. CFD, forex dan metal beharga adalah urusniaga luar pertukaran. Walaupun sesetengah daripada pasaran luar pertukaran mempunyai kecairan yang tinggi, urusniaga dalam pertukaran luar atau derivatif tidak boleh pindah mungkin melibatkan risiko yang lebih tinggi daripada melabur dalam derivatif dalam pertukaran kerana tiada pasaran pertukaran yang menutup Kedudukan Terbuka. Ia mungkin mustahil untuk mencairkan kedudukan yang sedia ada, mengakses nilai kedudukan yang ada daripada urusniaga luar pertukaran atau mengakses pendedahan kepada risiko. Harga bida dan Tanya Harga tidak perlu disebutkan, dan, jika ia disebut, ia akan ditubuhkan oleh peniaga dalam peralatan ini dan oleh itu ia mungkin sukar untuk menentukan apakah harga yang adil.

    Mengenai urusniaga dalam CFD, forex dan metal berharga dengan syarikat, syarikat menggunakan platform dagangan untuk urusniaga dalam CFD yang mana tidak jatuh ke dalam definisi pertukaran yang diiktiraf kerana ia bukanlah merupakan Kemudahan Perdagangan Pelbagai Hala dan tidak mempunyai perlindungan yang sama.

Pasaran Asing
  1. Pasaran asing melibatkan pelbagai jenis risiko. Atas permintaan, syarikat mesti menyediakan penjelasan untuk risiko dan perlindungan (jika ada) yang berkaitan yang akan beroperasi dalam mana-mana pasaran asing, termasuk setakat mana ia akan menerima liabiliti untuk sebarang kelalaian firma asing melalui siapa yang mempersetujuinya. Potensi bagi keuntungan atau kerugian daripada urusniaga pasaran asing atau dalam kontrak denominasi asing akan dipengaruhi oleh turun naik kadar pertukaran asing.
Urusniaga Pelaburan Liabiliti Kontingen
  1. Urusniaga pelaburan liabiliti kontingen, yang mana dimarginkan, memerlukan anda untuk membuat siri bayaran terhadap harga belian, bukannya membayar keseluruhan harga belian serta merta. Keperluan margin bergantung kepada aset pendasar peralatan. Keperluan margin boleh ditetapkan atau dikira daripada harga semasa peralatan pendasar, ia boleh didapati dalam laman web syarikat.

    Jika anda berdagang Contract for Differences atau pilihan jualan pada masa hadapan, anda mungkin mengalami kehilangan dana yang telah anda depositkan untuk membuka dan mengekalkan posisi dagangan. Jika pasaran bergerak terhadap anda, anda mungkin akan diminta untuk membayar dana tambahan yang besar dalam masa yang singkat untuk mengekalkan posisi tersebut. Jika anda gagal berbuat demikian dalam waktu yang ditetapkan, posisi anda mungkin mengalami kerugian dan anda akan bertanggungjawab ke atas defisit yang terhasil. Sila ambil perhatian bahawa syarikat tidak bertanggungjawab untuk memaklumkan pelanggan bagi sebarang Panggilan Margin untuk menampung kerugian membuat posisi.

    Jika urusniaga tidak dimarginkan, ia masih menjalankan tanggungjawab untuk membuat bayaran seterusnya dalam keadaan-keadaan tertentu selain daripada jumlah yang perlu dibayar apabila anda memasuki kontrak.

    Urusniaga pelaburan liabiliti kontingen yang tidak didagangkan pada atau di bawah undang-undang pertukaran pelaburan yang diiktiraf atau ditentukan mungkin mendedahkan anda kepada risiko yang lebih besar.

Kolateral
  1. Jika anda mendepositkan kolateral sebagai sekuriti dengan syarikat, dengan cara di mana ia akan dianggap berbeza bergantung kepada jenis urusniaga dan di mana ia didagangkan. Mungkin terdapat perbezaan dalam layanan kolateral anda bergantung kepada sama ada anda berdagang pertukaran pelaburan yang diiktiraf atau ditentukan, dengan peraturan pertukaran (dan penjelasan berkaitan) yang digunakan atau pertukaran dagangan luar. Kolateral yang didepositkan mungkin kehilangan identitinya sebagai harta anda sebaik sahaja urusan bagi pihak anda dijalankan. Walaupun jika urusan anda harus membuktikan keuntungan pada akhirnya, anda mungkin tidak akan mendapat semua aset yang sama yang anda depositkan, dan mungkin menerima bayaran secara tunai. Anda perlu menentukan dari firma anda, bagaimana koleteral anda harus diuruskan.
Komisen dan Cukai
  1. Sebelum anda mula berdagang, anda harus sedar dengan semua komisen dan caj-caj lain yang dipertanggungjawabkan untuk anda. Jika mana-mana caj tidak dinyatakan dalam bentuk wang (tetapi sebagai peratusan nilai kontrak, contohnya), anda perlu pastikan bahawa anda faham nilai kewangan sebenar.
  2. Terdapat risiko bahawa dagangan pelanggan dalam sebarang Peralatan Kewangan termasuklah peralatan derivatif mungkin menjadi tertakluk kepada cukai dan/atau mana-mana cukai lain disebabkan oleh perubahan dalam perundangan atau keadaan peribadinya. Syarikat tidak menjamin bahawa tiada cukai dan/atau sebarang duti setem yang lain akan dibayar. Pelanggan bertanggungjawab untuk sebarang cukai dan/atau lain-lain duti yang mungkin ada disebabkan oleh dagangannya.
Penggantungan Dagangan
  1. Di bawah syarat-syarat dagangan tertentu, ia mungkin sukar atau mustahil untuk mencairkan suatu posisi. Ini mungkin berlaku, sebagai contoh, ketika pergerakan harga mendadadak jika harga menaik atau menurun dalam satu sesi dagangan sehinggakan di bawah undang-undang pertukaran yang berkaitan, dagangan digantung atau dihadkan. Meletakkan Henti Kerugian tidak semestinya menghadkan kerugian anda kepada amaun yang dimaksudkan, kerana keadaan pasaran boleh menyebabkannya mustahil untuk melaksanakan Pesanan sedemikian pada harga yang ditetapkan. Di samping itu, perlaksanaan Perintah Henti Kerugian boleh menjadi lebih teruk di bawah keadaan pasaran tertentu daripada harga yang ditetapkan dan kerugian yang diketahui lebih besar daripada apa yang dijangkakan.
Perlindungan Rumah Penjelasan
  1. Pada kebanyakan tukaran, prestasi transaksi oleh firma anda (atau pihak ketiga dengannya ia berurusan bagi pihak anda) dijamin oleh tukaran atau rumah penjelasan. Walau bagaimanapun, jaminan ini adalah agak mustahil dalam kebanyakan keadaan untuk melindungi anda, Pelanggan, dan mungkin tidak memelihara anda jika firma anda atau pihak lain lalai terhadap kewajipannya kepada anda. Di atas permintaan, Syarikat harus menerangkan sebarang perlindungan tersedia untuk anda di bawah jaminan penjelasan bersesuaian dengan sebarang derivatif tukaran dalaman yang mana anda sedang berurusan. Tiada rumah penjelasan untuk pilihan tradisional, atau instrumen tukaran luar yang tidak didagangkan di bawah peraturan tukaran pelaburan yang diiktiraf atau dilantik.
Insolvensi
  1. Insolvensi Syarikat atau lalai, boleh membawa ke posisi dibubarkan atau ditutup tanpa persetujuan anda. Dalam keadaan-keadaan tertentu, anda tidak boleh kembali ke aset asal yang anda kemukakan sebagai cagaran anda perlu menerima sebarang bayaran tersedia di dalam bentuk tunai atau sebarang kaedah lain yang difikirkan sesuai.
  2. Dana diasingkan adalah tertakluk kepada perlindungan yang dikurniakan oleh Peraturan Sejagat.
  3. Dana tidak diasingkan tidak tertakluk kepada perlindungan yang dikurniakan oleh Peraturan Sejagat. Dana tidak diasingkan tidak akan diasingkan dari wang Syarikat dan akan digunakan untuk perniagaan Syarikat, dan dalam perisitiwa insolvensi Syarikat anda akan diletakkan sebagai kreditor am.

4. Risiko Pihak Ketiga

Notis ini disediakan kepada anda sejajar dengan perundangan sejagat.

  1. Syarikat boleh menyerahkan wang diterima oleh Pelanggan kepada pihak ketiga (cth. bank, pasaran, broker perantara, pihak lawan OTC atau rumah penjelasan) untuk memegang atau mengawal supaya memberi kesan keapda Transaksi melalui atau dengan orang tersebut atau untuk memenuhi kewajipan Pelanggan untuk meyediakan cagaran (cth. keperluan margin awal) berkaitan Transaksi. Syarikat tidak mempunyai tanggungjawab untuk sebarang tindakan atau ketinggalan oleh sebarang pihak ketiga yang mendapat wang yang telah diterima oleh Pelanggan.
  2. Pihak ketiga yang mana Syarikat telah serahkan wang tersebut boleh menyimpannya di dalam akaun omnibus adalah tidak mungkin untuk memisahkannya dari wang Pelanggan, atau wang pihak ketiga. Jika insolvensi atau sebarang prosiding serupa lain yang berkaitan dengan pihak ketiga tersebut, Syarikat hanya mempunyai tuntutan tidak selamat terhadap pihak ketiga bagi pihak Pelanggan, dan Pelanggan akan terdedah kepada risiko wang yang diterima oleh Syarikat dari pihak ketiga tidak mencukupi untuk memenuhi tuntutan Pelanggan dengan tuntutan berkaitan akaun yang berkaitan. Syarikat tidak menerima sebarang liabiliti atau tanggungjawab untuk sebarang kehilangan.
  3. Syarikat boleh mendeposit wang Pelanggan dengan depositori yang mungkin mempunyai faedah keselamatan, lien atau hak penolakan berkaitan dengan wang tersebut.
  4. Bank atau Broker di mana Syarikat berurusan dengannya, boleh mempunyai faedah bertentangan dengan Faedah Pelanggan.
Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).