Sekatan berikut perlu dipertimbangkan secara teliti apabila menggunakan maklumat atau sumber dari laman web ForexTime (FXTM):
Privasi pelawat laman web dan pelanggan, sedia ada atau terdahulu, adalah sangat penting kepada kami. ForexTime (FXTM) komited untuk melindungi sebarang maklumat yang kami kumpul, guna, dan simpan mengenai anda.
Apabila anda mendaftar sama ada akaun demo atau langsung dengan ForexTime (FXTM), adalah perlu untuk kami mengumpul sedikit data peribadi daripada anda untuk tujuan perniagaan. Dengan memahami keperluan kewangan anda, kami boleh memperlakukan anda dengan adil sebagai pelanggan; kami boleh menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian, memberikan anda maklumat strategi pelaburan yang bersesuaian, memproses permintaan dan transaksi anda dan menawarkan anda perkhidmatan jualan dan pasca jualan.
Kami memerlukan Data Peribadi berikut daripada anda:
Sila ambil perhatian bahawa jika dan apabila anda memilih untuk mengakhiri hubungan kerja anda dengan ForexTime (FXTM), kami harus menyimpan Data Peribadi anda di dalam rekod untuk lima tahun akan datang.
Senarai berikut menggambarkan sebab mengapa ForexTime (FXTM) mungkin perlu menggunakan Data Peribadi anda:
Kuki adalah bit data yang kecil disimpan dalam pelayar web apabila anda melayari laman web untuk kali pertama. Jika anda melayari kembali laman web tersebut pada masa akan datang, storan kuki dalam pelayar anda membenarkan laman web untuk mengingati bagaimana anda melayarnya untuk kali pertama. Contohnya, ia boleh mengingati nama pengguna dan kata laluan anda. Kuki digunakan dalam laman web ini untuk menawarkan pengguna kami pengalaman melayari dengan lebih tersuai.
Jika anda tidak bersetuju dengan Polisi Kuki kami anda boleh melumpuhkan Kuki dan masih boleh mengakses laman web kami seperti biasa.
ForexTime (FXTM) adalah komited terhadap keselamatan Data Peribadi anda dengan mematuhi piawaian keselamatan dan menggunakan teknologi keselamatan yang paling terkini.
Apabila anda mengakses laman web ini, anda memberikan persetujuan kepada ForexTime (FXTM) untuk menyimpan, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda sejajar dengan dasar privasi ini.
Sejajar dengan Akta Perlindungan Data, setiap pengguna diberikan beberapa hak berkaitan Data Peribadi mereka. Hak ini termaksud mengakses dan/atau mengubah Data Peribadi anda, memberhentikan pemprosesan data ini dan mencegah pemasaran tidak diingini. ForexTime (FXTM) akan memastikan bahawa data peribadi anda selaras dengan Undang-Undang dan Peraturan bersesuaian untuk perlindungan Data Peribadi.
Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tidak dihuraikan di dalam Dasar Privasi ini, atau sebarang kebimbangan lanjut berkaitan penggunaan Data Peribadi, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami melalui emel di support@fxtm.com atau telefon di +44 203 734 10 25.