Statistik Prestasi FXTM

Sebagai pihak berkuasa yang dipercayai dalam dagangan Forex, statistik prestasi FXTM akan disahkan dan diterbitkan. Matlamat kami bukan sahaja untuk menetapkan semula standard dan penanda aras yang terdapat dalam industri Forex, malah kami juga berhasrat untuk meningkatkan kesedaran dan tahap ketelusan tertinggi dalam penyampaian kepada semua klien kami. Statistik di bawah menunjukkan syarat dagangan yang tiada tandingan serta perkhidmatan pelanggan cemerlang yang sentiasa menjadi kebanggaan kami.  

Seiring dengan komitmen FXTM terhadap ketelusan, statistik ini telah disemak oleh PricewaterhouseCoopers Limited (PwC) berdasarkan Standard Antarabangsa terhadap Penglibatan Jaminan (ISAE) 3000.

Kepuasan dan Perkhidmatan Pelanggan

Di FXTM, kami sentiasa berusaha di luar jangkaan demi memberikan sokongan terbaik kepada para pelanggan kami, menjadikan pengalaman dagangan mereka lebih optimum dan mesra pengguna. Daripada prosedur kelulusan klien yang ultra pantas sehinggalah pemprosesan dana pelanggan, matlamat kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda dalam apa jua cara sekalipun.

Pelanggan diluluskan

Pelanggan diluluskan

Kurang daripada 12
minit
Dana Diproses

Dana Diproses

Lebih daripada 84% permohonan diproses dalam masa 5 minit
Maklum Balas Positif

Maklum Balas Positif

Lebih daripada 90%
maklum balas Positif

Kepantasan Pelaksanaan Perintah

Kepantasan pelaksanaan perintah FXTM yang diikitiraf akan memastikan pengalaman dagangan anda sentiasa berada pada tahap yang terbaik pada setiap masa. Kami sedar bahawa kepantasan penting untuk anda memperoleh kemungkinan harga yang terbaik, dan atas sebab inilah kami sentiasa melaksanakan dagangan anda sepantas kilat.

Sebutan Semula

*Bacaan di atas (dari Julai 2018 dan seterusnya) telah disemak dan disahkan oleh PWC.

Gelinciran

Dengan memberikan takrifan baru kepada gelinciran, statistik gelinciran positif FXTM menunjukkan bahawa kami tidak sekadar memberikan harga yang diminta; sasaran kami adalah pada pelaksanaan yang terbaik. Majoriti daripada klien FXTM memperoleh harga yang dipertingkatkan menerusi gelinciran yang positif. Malah, ia sebenarnya lebih baik daripada permintaan awalan anda. Gelinciran negatif yang berkurangan kini merupakan standard FXTM dan kami berhasrat untuk mengekalkan standard tersebut!

Sebutan Semula

*Bacaan di atas (dari Julai 2018 dan seterusnya) telah disemak dan disahkan oleh PWC.

Sebutan Semula

FXTM mempunyai kolam kecairan yang dalam, yang tersedia melalui institusi perbankan dan kewangan terkemuka, yang membolehkan kami untuk memenuhi perintah anda walaupun ketika tempoh ketidakstabilan pasaran yang amat tinggi. Kadar sebutan semula kami sememangnya sudah pun terlalu kompetitif, dan kami terus memastikannya menjadi semakin rendah!

Sebutan Semula

*Bacaan di atas (dari Julai 2018 dan seterusnya) telah disemak dan disahkan oleh PWC.

Kedudukan Pengurus FXTM Invest

FXTM Invest membolehkan pedagang berhubung dengan Pengurus Strategi yang sesuai dan menyalin dagangan mereka. Untuk membantu anda membuat keputusan tentang Pengurus Strategi yang paling sesuai untuk anda, kami menunjukkan kedudukan secara langsung bagi Pengurus Strategi dengan prestasi paling tinggi, seperti yang disahkan oleh PwC.*

PwC menyemak keputusan Pengurus Strategi dan kaedah kami untuk mengira pulangan, oleh itu anda boleh yakin bahawa anda berurusan dengan maklumat yang betul. Pulangan Pengurus Strategi teratas disahkan oleh PwC pada akhir setiap bulan. Keputusan telah disahkan sehingga 31 Mac 2020.

* Prestasi lepas tidak menjamin keputusan yang akan datang.

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).