Dagangan Saham

Pasaran kewangan ini kini lebih mudah diakses kerana teknologi membolehkan pedagang membeli dan menjual saham pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Membuat kedudukan dagangan mungkin melibatkan pemilikan saham pendasar atau menggunakan produk berleveraj seperti CFD untuk menjual saham yang tidak benar-benar dimiliki oleh pedagang.

Stok dan Saham

Kebanyakan istilah yang digunakan apabila bercakap tentang harga stok dan pasaran stok, dagangan saham dalam talian dan saham untuk dibeli sebenarnya boleh ditukar ganti – seperti yang boleh anda lihat pada artikel semasa kami.

  • Orange Bullet Mengikut sejarah, 'saham' memberikan maksud yang lebih khusus – merujuk pada pemilikan syarikat tertentu. Pedagang mungkin memberitahu broker mereka untuk membeli 100 saham Facebook.
  • Orange Bullet Saham berpadanan dengan unit stok, dengan satu saham ialah denominasi terkecil bagi stok syarikat.
  • Orange Bullet 'Stok' merujuk secara eksklusif kepada sekuriti dagangan di bursa saham. Ini menunjukkan syarikat yang didagangkan secara awam, contohnya stok 'cip biru' atau stok 'permodalan kecil'.
  • Orange Bullet Secara lebih mendalam, memiliki 'stok' secara lazimnya akan menandakan 'stok biasa' iaitu saham bagi pemilikan dalam syarikat. Mereka akan mengemukakan tuntutan bagi keuntungan sebagai dividen dan juga hak mengundi.

Apa pun istilah yang digunakan, stok dan saham didagangkan untuk mendapat pendedahan kepada pertumbuhan ekonomi global melalui syarikat individu. Anda boleh berdagang pada harga mereka dalam jangka pendek atau melabur dalam stok dalam tempoh jangka panjang.

Dagangan dalam talian

Kemajuan teknologi pada masa kini membolehkan sesiapa sahaja yang memiliki telefon pintar atau sambungan Internet untuk mengakses pasaran kewangan dan memulakan dagangan saham dalam talian. Jika anda mempunyai modal dagangan dan pemahaman asas tentang cara pasaran berfungsi, anda boleh mengambil bahagian dalam dagangan ekuiti bersama dengan bank pelaburan, dana lindung nilai dan pedagang lain.

Pertumbuhan dan saiz dagangan saham dalam talian

  • Orange Bullet Untuk menghargai pertumbuhan dan saiz dagangan saham dalam talian, kita hanya akan melihat pada platform dagangan dalam talian yang terbesar di AS. Contohnya, dua platform teratas yang bergabung beberapa tahun lepas memegang lebih daripada $5 trilion dalam aset pelanggan, lebih daripada 24 juta akaun broker dan melaksanakan hampir dua juta dagangan setiap hari.
  • Orange Bullet Saiz dagangan pasaran dalam talian telah berkembang dengan sangat besar dalam beberapa tahun ini, namun tidak mengejutkan apabila anda mempertimbangkan betapa mudahnya untuk bermula dan pelbagai kontrak berbeza yang boleh anda dagangkan.
  • Orange Bullet Sepertimana dagangan pasaran saham, pedagang kami kini mempunyai akses kepada dagangan CFD in pertukaran asing, komoditi dan mata wang kripto. Semak tawaran dalam talian FXTM dan semua kontrak yang boleh anda dagangkan.

Dagangan Saham Dalam Talian

Memulakan dagangan saham dalam talian kini lebih mudah, dengan platform dagangan yang dikawal selia tersedia di hujung jari anda.

Ingin memiliki sebahagian daripada syarikat yang terkenal di dunia?

Perkhidmatan dagangan saham kami yang baru memberi anda akses secara terus untuk melabur dan dengan itu memiliki sebahagian daripada, jenama popular termasuk Apple, Facebook, Nike, Netflix, Zoom dan Tesla.

Dagangan saham dalam talian dengan FXTM juga merupakan peluang anda untuk berdagang jenama yang anda suka secara terus dan memiliki saham yang bergerak.

Pedagang kerap tertarik dengan konsep memegang saham syarikat individu. Membeli satu saham sekalipun memberi anda sebahagian daripada pemilikan (diberikan, bahagian yang sangat kecil!) syarikat tersebut.

Potensi untuk meningkatkan dana anda dengan membeli dan menjual saham untuk mendapat untung kemudiannya memang menarik. Memiliki saham juga melayakkan anda menerima faedah lain, seperti menerima dividen dan berhak bersuara dalam aktiviti syarikat.

Untuk jangka masa lebih panjang, sejarah menunjukkan faedah melabur dalam saham biasanya jauh mengatasi pulangan yang lebih rendah dalam tunai. Pasaran saham ialah laluan anda ke dalam dunia dagangan saham dalam talian yang menarik, termasuk NYSE dan Nasdaq — dua bursa saham terbesar di dunia. Dengan dagangan saham FXTM, anda juga mendapat akses percuma kepada data harga masa nyata dan pelaksanaan dagangan masa nyata untuk membantu anda memanfaatkan sepenuhnya pelaburan anda.

Broker Saham

Pada masa lalu, 'broker saham' tradisional akan merujuk pada orang yang memudahkan pembelian dan penjualan saham. Fikirkannya sebagai orang tengah antara pedagang dan bursa saham yang sebenar.

Terdapat jenis broker dagangan saham yang berbeza. Sesetengahnya dikenali sebagai broker pelaksanaan, akan mengikut arahan tanpa menawarkan nasihat pelaburan. Lainnya, mengawal sepenuhnya dengan menentukan saham yang ingin dibeli dan dijual bagi pihak anda. Ini dikenali sebagai broker budi bicara. Apabila anda berdagang saham dengan FXTM, anda boleh membeli, menjual dan memegang saham syarikat daripada jenama global – tanpa komisen! Sebagai sahaja akaun anda dibuat, anda akan mempunyai akses kepada harga masa nyata ratusan saham AS yang paling kerap didagangkan. Jika anda ingin berdagang saham yang anda tidak nampak dalam senarai, hubungi kami dan kami akan menambahnya untuk anda!

Apakah ciri terbaik bagi broker dalam talian?

Kos rendah

Biar kami jelaskan — lebih banyak komisen yang dikenakan broker, semakin kurang keuntungan anda. Yuran pentadbiran dan caj semalaman boleh menjejaskan keuntungan anda, manakala minimum akaun yang rendah juga membolehkan anda mula berdagang lebih awal.

Kemudahan penggunaan

Kemampuan untuk berdagang bila-bila masa, di mana-mana di platform dengan antara muka yang terkini adalah penting. Kemampuan untuk menyesuaikan dan memperibadikan juga membantu anda membina keyakinan.

Penyelidikan

Analisis pasaran harian yang mendalam boleh membantu anda mengawasi pergerakan pasaran dan membangunkan pemahaman anda tentang dagangan saham dengan lebih lanjut.

Alat Dagangan

Akses analisis teknikal percuma dan pakej carta langsung boleh membantu anda membuat keputusan dagangan yang pantas dan berkesan bagi jenis saham untuk dibeli.

Pendidikan

Wawasan daripada penganalisis dalaman berpengalaman dan kursus latihan dalam talian ialah cara yang hebat untuk mempelajari dan meningkatkan kemahiran jangka panjang anda.

Di FXTM, kami menawarkan sumber yang diperlukan oleh setiap pedagang, tidak kira tahap pengalaman anda. Bagi mereka yang masih baru dalam perdagangan, kami menawarkan pelbagai pilihan sumber pendidikan percuma untuk anda bermula.

Sudah biasa dalam pasaran? Lihatlah Isyarat Dagangan FXTM, pelbagai alat analisis teknikal yang direka untuk membantu anda mengenal pasti peluang dagangan ketika ia muncul.

Pasukan penyelidikan pasaran kami yang berpengetahuan juga menyediakan Analisis Pasaran Harian, yang direka untuk membantu pedagang memahami pergerakan harga pasaran global dan membuat tindakan yang seterusnya.

Platform Dagangan Dalam Talian

Platform dan alat yang hebat telah mengubah cara pedagang berinteraksi dengan pasaran kewangan. Platform ini bertindak sebagai antara muka pengguna, menghubungkan pedagang dengan broker dalam talian yang pedagang boleh gunakan untuk melihat harga langsung, membuat pesanan beli atau jual atau memantau kedudukan sedia ada – semuanya pada masa nyata.

FXTM menawarkan platform yang paling popular dalam industri — MetaTrader 4 dan platform susulannya yang dikemas kini, MetaTrader 5. Platform intuitif ini membolehkan pedagang berhubung secara lancar dengan pasaran daripada pelbagai sumber, di mana-mana sahaja atau di meja anda. MT4 dan MT5 menawarkan pengalaman dagangan yang sangat meluas dengan banyak ciri, bagi pedagang baru mahupun pedagang yang lebih berpengalaman.

Ciri utama termasuk

Alat Analisis

Interaktif, carta langsung menawarkan pelbagai penunjuk teknikal yang boleh digunakan pada pelbagai rangka masa. Pilihannya kini jauh lebih maju daripada mana-mana pilihan yang tersedia beberapa tahun lepas dan merangkumi semua jenis dagangan saham dalam talian.

Jenis Pesanan

Kedua-dua platform dagangan mempunyai mod pelaksanaan dagangan yang berbeza untuk membantu dan meningkatkan pengurusan risiko. Gabungan pesanan hentian dan had yang lebih terkini juga boleh diakses di platform dagangan MT5 yang lebih baru.

Dagangan Automatik

Adakah anda ingin menulis program dagangan anda sendiri? Atau membangunkan isyarat pengurusan tersuai? Pengujian ke belakang yang komprehensif dan juga pasaran untuk membeli atau menyewa perkhidmatan isyarat juga boleh diperoleh.

Melalui dagangan saham FXTM, anda boleh memilih daripada beberapa jenama yang terkenal di NYSE dan Nasdaq. Anda juga mendapat akses percuma kepada data harga masa nyata dan pelaksanaan dagangan masa nyata untuk membantu anda memanfaatkan sepenuhnya pelaburan anda.

Berdagang Saham dengan MT4 dan MT5

FXTM menawarkan dagangan saham pada MT5, manakala mereka yang berminat dengan CFD saham juga boleh melakukannya di platform MT4. Kedua-dua platform adalah inovatif, mesra pengguna dan boleh disesuaikan dengan keperluan dan strategi individu anda.

CFD

Peningkatan derivatif kewangan yang mudah berdasarkan pada pasaran pendasar telah membuka pasaran kewangan kepada ramai orang yang mungkin tidak mendapat akses sebelum ini. Dua perkara penting instrumen ini atau CFD (Kontrak untuk Perbezaan) ialah:

  • Orange Bullet Anda membeli atau menjual kontrak yang mewakili satu jumlah bagi setiap mata dalam pasaran tersebut
  • Orange Bullet Anda boleh menghasilkan keuntungan tanpa memiliki aset pendasar yang sebenarnya. Berdagang dan berurus niaga saham 'fizikal' bermakna anda perlu mengambil pemilikan bagi saham pendasar.

Pasaran naik dan turun

CFD membolehkan anda berdagang pada mana-mana arah pasaran. Anda boleh menjual (pesanan pendek) jika anda fikir harga akan turun atau anda boleh membeli (pesanan panjang) jika anda fikir harga akan naik. Sebenarnya, anda membeli atau menjual sebilangan unit instrumen kewangan pilihan anda, bergantung pada ramalan anda. Anda tidak menjual atau membeli saham yang sebenar.

Leveraj

CFD membolehkan anda membuka kedudukan dengan tahap leveraj. Secara asasnya, anda mendapat pendedahan kepada pasaran kewangan tanpa perlu meletakkan kos penuh bagi kedudukan pada permulaannya. Contohnya, anda mungkin hanya perlu membiayai 20% daripada kos dengan menggunakan CFD. Namun ingatlah bahawa ganjaran disertakan dengan risiko. Keuntungan dan kerugian boleh berganda berbanding perbelanjaan permulaan anda.

Urus niaga Saham berbanding Dagangan Saham

Urus niaga saham tradisional telah wujud selama berabad-abad. Syarikat saham bersama pertama telah terbentuk pada tahun 1602 apabila syarikat Dutch East India memulakan dagangan. Pemegang saham yang memiliki sebahagian daripada perniagaan tersebut bergantung pada bilangan saham yang dibeli dan telah diberikan dengan sijil pemilikan.

Bursa saham sebenar yang pertama telah terbentuk di London pada tahun 1773, dengan NYSE ditubuhkan 19 tahun kemudian. Jumlah perniagaan yang masuk dan keluar di AS menghasilkan berbilang dagangan syarikat dan NYSE mendapat dominasi yang biasanya dikekalkan.

Urus niaga saham

Ini bermakna pedagang akan membeli saham dalam syarikat dan berharap nilai saham itu akan meningkat, dengan harapan untuk mendapat untung. Saham dalam syarikat tersebut dibeli, bermakna pedagang kini memiliki stok dan dengan itu mempunyai sebahagian daripada pemilikan syarikat itu. Pemegang mungkin turut mendapat faedah daripada pendapatan dividen, walaupun jika saham telah kehilangan nilai dan harganya turun berbanding ketika pemegang membeli saham itu. Secara umumnya, nilai saham naik dan turun dan mungkin memakan masa untuk mendapat untung, bermakna urus niaga saham lebih kepada strategi pelaburan jangka panjang.

Dagangan saham

Selalu dirujuk sebagai dagangan CFD, ini bermakna pedagang tidak memiliki saham sebenar dan tidak mempunyai sebarang hak pemilikan. Pedagang hanya membuat spekulasi sama ada harga saham akan naik atau turun. Jenis dagangan ini mencerminkan aset pendasar, tetapi juga memberi pedagang kemampuan untuk membuat pesanan panjang dan juga pesanan pendek dengan harapan harga akan turun. Penggunaan leveraj apabila berdagang CFD juga mengurangkan modal pedagang.

Cara Berdagang Saham dengan FXTM

Tugas memilih saham yang ingin dibeli dan dijual adalah salah satu unsur yang paling menarik bagi dagangan dalam talian. Dengan akaun saham FXTM, anda akan mempunyai akses kepada ratusan saham AS yang paling kerap didagangkan. Jika ada saham AS yang anda ingin berdagang dan tidak nampak dalam senarai, hanya hubungi kami dan kami akan menambahnya untuk anda!

Ikut langkah yang mudah di bawah untuk bermula

  • 1

    Daftar dengan FXTM
    mulakan dengan melengkapkan borang pendaftaran yang mudah. Hanya mengambil masa seminit dan anda hanya perlu memberikan sedikit butiran. Setelah anda memasukkan maklumat andak, klik 'Hantar PIN' untuk menerima kod akses individu anda melalui e-mel dan SMS. Anda boleh memasukkan PIN anda ke dalam medan yang berkaitan dalam borang.

    Klik 'Daftar Sekarang' dan anda bersedia untuk meneruskan!

    Anda juga akan menerima butiran log masuk ke MyFXTM iaitu portal peribadi anda di FXTM yang anda boleh memilih jenis akaun dan mengurus dagangan anda. Untuk memulakan dagangan, anda perlu melayari MyFXTM untuk mengesahkan profil anda.

  • 2

    Sahkan profil anda
    untuk mengesahkan profil anda, kami memerlukan salinan berwarna yang jelas bagi dokumen Pengenalan (seperti pasport anda) dan dokumen Bukti Kediaman (contohnya, penyata bank atau bil utiliti). Kami memerlukan salinan depan dan belakang dokumen ini.

    Untuk berdagang saham AS, kami juga memerlukan anda memberikan persetujuan untuk menghantar borang W-8Ben dalam nama anda, menurut Internal Revenue Service (IRS) AS.

  • 3

    Deposit
    untuk mengakses platform MetaTrader 5, anda perlu membuat deposit minimum sebanyak $500 sahaja. Setelah berbuat begitu, anda bersedia untuk memilih saham anda dan mula berdagang!

Bersedia untuk memulakan dagangan saham?

Isikan borang untuk bermula dan anda akan mempunyai akaun dagangan anda sendiri dalam masa beberapa minit.

Dagangan saham pada masa ini tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja


Ada soalan? Hubungi kami – kami bersedia untuk membantu.

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).