Apakah Dagangan VPS?

Pelayan Persendirian Maya yang lebih dikenali sebagai VPS ialah komputer maya yang berfungsi secara bebas, seperti komputer sebenar. VPS direka bentuk secara khusus mengikut keperluan anda dan bermanfaat terutamanya bagi pedagang forex kerana keselamatan dan fleksibiliti yang disediakan.

VPS disambungkan ke Internet secara kekal yang memudahkan proses pelaksanaan dan menyediakan persekitaran dagangan yang lebih selamat dan stabil.

Halangan seperti virus komputer, kegagalan sambungan dan terputus bekalan elektrik boleh menjejaskan dagangan dengan ketara, terutamanya semasa ketaktentuan pasaran. Penggunaan VPS boleh mengurangkan masalah ini, menjadikannya persekitaran teknikal yang ideal bagi dagangan automatik.

FXTM menawarkan VPS pada akaun langsung dan demo, oleh itu walau di mana-mana sahaja perjalanan dagangan anda, kami melindungi anda.

Bagaimanakah Anda Menggunakan VPS untuk Dagangan Forex?

Bagaimanakah Anda Menggunakan VPS untuk Dagangan Forex?
1 Untuk menggunakan VPS forex, anda perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada broker seperti FXTM untuk menyertai rangkaian mereka.
2 Apabila perkara ini telah disahkan, anda akan menerima nama pengguna dan kata laluan untuk mengakses alamat IP yang diberikan dan bersambung ke pelayan menggunakan aplikasi desktop jauh.
3 Apabila sambungan ke VPS sudah dilaksanakan, anda akan dihalakan ke persekitaran desktop dengan fungsi dan privasi yang sama seperti komputer riba atau PC yang sebenar.
4 Kemudian anda boleh log masuk ke platform dagangan anda seperti biasa dan meneruskan aktiviti dagangan anda yang biasa.

Berdagang Dalam Talian dengan Pengehosan VPS Percuma FXTM

Berdagang pada VPS dengan FXTM memberi anda akses kepada lebih daripada 250 instrumen kewangan, 24 jam sehari 5 hari seminggu, termasuk:

60+ pasangan mata wang

60+ pasangan mata wang

Indeks

Indeks

Saham

Saham

Komoditi

Komoditi

Apakah Kelebihan Menggunakan VPS untuk Berdagang?

  • Pelaksanaan 24 jam
  • Masa sambungan operasi 99.9%
  • Kelajuan sambungan optimum
  • Tidak terjejas disebabkan oleh sambungan terputus, bekalan elektrik terputus atau ralat sistem
  • Sesuai untuk pedagang yang menggunakan Pakar Penasihat
  • Keupayaan untuk melaksanakan pesanan dengan kelewatan minimum
  • Berfungsi dengan lancar bersama pelbagai sistem pengendalian yang lain
  • Pemulihan yang cepat bagi kehilangan data

VPS menyediakan banyak manfaat dan sangat menarik dalam dagangan forex; kami menawarkan perkhidmatan yang eksklusif ini dengan tujuan untuk menjadikan kehidupan dagangan lebih mudah dan membantu anda memanfaatkan sepenuhnya pengalaman dagangan anda.

VPS untuk MT4

MetaTrader 4 (MT4) ialah pelengkap yang sempurna bagi dagangan VPS. Percuma sepenuhnya untuk dimuat turun dan menyediakan segala-galanya yang diperlukan untuk menganalisis pasaran dan mengurus dagangan anda.

Platform MT4 menyediakan carta interaktif yang mudah untuk dibaca dan membolehkan anda memantau pasaran pada masa nyata. Anda juga diberikan akses kepada lebih daripada 30 penunjuk teknikal yang boleh membantu anda mengenal pasti trend pasaran serta isyarat bagi titik masuk dan keluar. Gabungkan dengan pengehosan VPS untuk menikmati dagangan yang cekap dan selamat.

VPS untuk MT4

Soal Jawab Pengehosan VPS

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang dagangan VPS? Tidak perlu tercari-cari lagi.

S1. Mengapakah saya perlu menggunakan VPS?

Terdapat beberapa kelebihan untuk menggunakan VPS bagi dagangan automatik, seperti sambungan Internet yang berterusan dan kelajuan pelaksanaan yang lebih cepat. Sesetengah perkhidmatan VPS adalah sangat berkuasa, menyediakan kelajuan CPU dan RAM yang lebih tinggi — bermakna anda boleh bertindak balas terhadap peristiwa pasaran dalam masa milisaat.

S2. Apakah VPS yang terbaik bagi dagangan forex?

Perisian MetaTrader tidak memerlukan banyak sumber untuk beroperasi dengan lancar. VPS yang baik untuk berdagang memerlukan sekurang-kurangnya 1 CPU, 1GB RAM dan lebih kurang 25GB HHD. Namun begitu, lebih tinggi spesifikasi pelayan (RAM/CPU) dan lebih cepat kelajuan Internet hos, lebih cepat kelajuan pelaksanaan.

S3. Adakah VPS boleh dipercayai?

Ya, dengan syarat anda memilih penyedia yang kompeten. Tidak semua penyedia memberikan kualiti yang sama. Sekiranya mereka mengalami kesulitan teknikal atau pelayan mereka terlebih beban, prestasi VPS akhirnya akan mendapat kesan yang negatif. Namun begitu, FXTM bekerjasama dengan salah satu hos VPS forex yang terkemuka di seluruh dunia, memastikan perkhidmatan yang lebih baik.

S4. Bagaimanakah saya boleh mengakses VPS dengan FXTM?

Hubungi Pengurus Perkhidmatan Akaun, anda yang akan memberitahu sama ada anda memenuhi kriteria untuk akses VPS percuma dan cara untuk meneruskan jika anda layak.

S5. Bolehkah saya mempunyai berbilang akaun pada VPS?

Ya, boleh —tetapi anda perlu ketahui bahawa untuk pakar penasihat atau program salin dagangan berjalan dengan cekap, satu akaun seharusnya disambungkan kepada satu MT4 pada bila-bila masa tertentu. Anda boleh mempunyai berbilang akaun yang berjalan pada berbilang MT4, tetapi ini mesti disediakan dengan berhati-hati kerana anda perlu mempertimbangkan ketersediaan sumber pelayan percuma anda (RAM/CPU).

Ketahui peluang yang tiada batasan dengan FXTM dan dagangan VPS

Jika anda bersedia untuk mula menjelajah dagangan VPS dengan FXTM, hubungi Pengurus Perkhidmatan Akaun khas anda yang akan berasa senang hati untuk membantu.


Masih tidak yakin? Sila hubungi Pasukan Sokongan Pelanggan untuk mengajukan sebarang soalan.

Daftar hari ini untuk mengetahui tentang dagangan yang lebih baik dengan broker global yang dipercayai oleh lebih daripada 4 juta pelanggan berdaftar.

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).