Apakah Perdagangan ECN?

ECN ialah singkatan bagi 'rangkaian komunikasi elektronik' dan merujuk pada komponen automatik perdagangan yang menghubungkan pedagang individu dengan pembekal kecairan termasuk bank, broker dan juga pedagang lain. Proses ini memberikan akses pasaran kewangan kepada individu dengan mana-mana jenis akaun perdagangan dan tidak mengira saiz baki akaun.

Broker ECN biasanya broker Tanpa Meja Urus Niaga (NDD), bermakna pesanan pelanggan tidak melalui Meja Urus Niaga, membolehkan pelaksanaan dalam hubungan secara langsung antara pihak yang terlibat.

Mula-mula, mari lihat beberapa perincian

ECN ialah sistem automatik yang menerbitkan pesanan yang dimasukkan oleh peserta pasaran secara terus kepada pihak ketiga dan pedagang individu. Pesanan tersebut kemudiannya dilaksanakan secara automatik dengan memadankan pesanan beli dan jual pada harga terbaik yang tersedia.

Perdagangan ECN ialah proses yang amat cekap menggunakan teknologi canggih. Menghubungkan semua pedagang, besar dan kecil, secara langsung dengan pembekal kecairan menghapuskan keperluan 'orang tengah' dalam transaksi anda.

Perdagangan ECN memberi anda spread yang ketat dan kedalaman yang lebih besar dalam penentuan harga pasaran. Hal ini kerana broker ECN menggabungkan sebut harga daripada beberapa peserta untuk menawarkan spread bida/tanya yang paling ketat boleh didapati. Proses perdagangan yang sangat automatik ini menghasilkan sebut harga pasaran pada masa nyata dan pelaksanaan yang cepat!

Bayangkannya sebagai pasaran untuk pelanggan broker berdagang dengan satu sama lain, oleh itu pedagang seperti anda boleh mendapat tawaran yang sebaik mungkin pada waktu itu.

Bagaimanakah ECN berfungsi?

Semak grafik ringkas di bawah untuk memahami cara proses automatik yang kompleks ini berfungsi:

  • 1

    Pembekal kecairan, seperti bank global, memasukkan pesanan Beli atau Jual ke dalam pelayar ECN. Kemudian mereka menjadikan sebut harga tersebut tersedia untuk pelanggan berdagang.

  • 2

    Di pihak satu lagi, pedagang mendapat akses kepada sebut harga yang berbeza untuk pelaksanaan dan ditunjukkan harga bida dan tanya yang terbaik boleh didapati dalam pasaran. 'Orang tengah' tradisional dalam proses perdagangan dihapuskan.

  • 3

    Broker ECN membantu pelanggan memasuki pasaran mata wang secara langsung dengan memadankan perdagangan ECN antara peserta pasaran dan kemudiannya menghantar pesanan tersebut kepada pembekal kecairan.

Apakah Broker Forex ECN?

Secara ringkasnya, broker ECN forex menggunakan platform perdagangan MT4 atau MT5 dan mengurus perdagangan ECN sebagai 'hab', tempat semua pemain pasaran utama bertindak sebagai sumber kecairan. Broker menggunakan rangkaian ini untuk memberi pelanggan akses secara langsung kepada peserta lain dalam pasaran.

Sebagai peringatan, pasaran forex ialah pasaran global dagangan yang terbesar dan pasaran yang paling mudah diakses di dunia:

  • Volum dagangan harian dalam pasaran forex berjumlah lebih daripada $5 trilion, iaitu 50 kali ganda lebih besar daripada dagangan oleh Bursa Saham New York
  • Hampir 90% daripada perdagangan forex ialah perdagangan spekulatif
  • Lebih daripada 85% transaksi forex dibuat semata-mata pada mata wang utama
  • Pasaran forex dibuka 24 jam sehari 5 hari seminggu, dari pukul 5 petang EST hari Ahad hingga 4 petang EST hari Jumaat
  • Layari laman web kami di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang forex dan caranya

Bayaran ECN

Satu perkara yang perlu diberikan perhatian ialah broker ECN menghindari spread yang lebih lebar yang biasa digunakan oleh broker tradisional. Namun begitu, broker ECN akan mendapat manfaat daripada bayaran komisen setiap transaksi – iaitu komisen tetap yang telus.

Pelaksanaan pasaran

Broker ECN anda secara automatik memadankan dan melaksanakan pesanan yang diminta pada harga terbaik yang tersedia. Anda mendapat pengesahan dengan serta-merta dan oleh sebab tiada penglibatan meja urus niaga, tiada sebut harga semula!

Spread rendah

Berbanding broker standard, broker ECN anda dapat menawarkan spread yang lebih ketat kerana tiada 'orang tengah'. Sebut harga dikumpulkan daripada banyak peserta pasaran, bermakna perdagangan ECN menghindari spread yang lebih lebar.

Ketanpanamaan

Aktiviti perdagangan dengan broker ECN adalah tanpa nama sepenuhnya. Harga mencerminkan keadaan pasaran sebenar secara langsung pada masa itu dengan ECN menyediakan tahap privasi kepada mereka yang memerlukannya, seperti mereka yang melaksanakan pesanan yang besar.

Komisen tetap

Broker akan mengenakan komisen tetap setiap kali anda berdagang, kerana ini ialah untung mereka. Oleh itu, sudah tentu lebih telus daripada kos yang terlibat apabila menggunakan penanda pasaran.

Spread boleh berubah

Harga langsung sentiasa bergerak dan terutamanya apabila sesi dagangan bertindan, broker ECN sebenar mungkin menawarkan spread terapung.

Risiko pelaksanaan

Seperti mana-mana perdagangan kewangan, terdapat risiko yang terlibat jika aset dagangan tidak mudah cair iaitu sama ada mudah untuk keluar daripada kedudukan yang dipegang.

Pengenalan kepada perdagangan ECN ialah pencapaian penting bagi industri forex moden. Akses langsung kepada pembekal kecairan, pelaksanaan dan pemadanan pesanan yang automatik menjadikan perdagangan ini sebagai cara yang memberikan kesan positif bagi ramai pedagang forex di seluruh dunia.

Akaun ECN FXTM

Sediakan akaun forex ECN dengan FXTM hari ini

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).