Walaupun anda pedagang baru dalam pasaran kewangan, anda akan tahu bahawa sentiasa terdapat unsur risiko yang terlibat dalam dagangan forex. Itulah sebabnya kami menawarkan Akaun Demo — cara percuma yang praktikal untuk mengetahui tentang ciri platform dagangan dan menguji strategi anda sebelum melaburkan wang sendiri.

Apakah akaun dagangan demo?

Akaun dagangan demo ialah jenis akaun yang dimasukkan wang maya sepenuhnya, tetapi masih mengandungi semua kefungsian dan petunjuk teknikal seperti akaun langsung. Oleh itu, akaun ini alat yang sangat sesuai jika anda pedagang baru, kerana anda dapat membiasakan diri dengan asas platform dagangan dan pasaran kewangan sebelum mula berdagang dengan dana sebenar.

Kelebihan akaun dagangan demo

Terdapat banyak kelebihan apabila mempunyai akaun demo. Bagi pedagang baru, akaun ini membolehkan anda mempelajari cara membuka dan menutup kedudukan, membaca carta harga dan berlatih menggunakan dagangan dalam keadaan selamat sepenuhnya sehingga anda bersedia untuk beralih kepada persekitaran dagangan langsung. Anda akan berlatih dalam keadaan pasaran sebenar, iaitu cara yang hebat untuk memahami pengurusan risiko.

Akaun demo juga diperlukan oleh pedagang yang lebih berpengalaman untuk meneruskan usaha mengasah dan meningkatkan kemahiran dagangan sedia ada. Ketika anda membangunkan atau menemui strategi dan teknik baru, wajar untuk mengujinya terlebih dahulu untuk melihat prestasi kaedah tersebut.

Cara membuka akaun dagangan demo dengan FXTM

Jika anda sudah bersedia untuk menerokai dagangan, anda berada di tempat yang betul. Akaun demo FXTM disediakan pada empat jenis akaun yang berbeza, termasuk:

  • Akaun Standard:

    Spread kompetitif, tawaran komprehensif

  • Akaun Cent:

    Spread yang sama kompetitif, saiz dagangan lebih kecil

  • Akaun ECN:

    Akaun ECN yang paling popular, spread sangat ketat

  • Akaun ECN Zero:

    Tiada komisen, tiada sebut harga semula, spread ketat

Untuk membuka akaun dagangan demo, hanya ikut langkah-langkah mudah di bawah:

  • 1

    Daftar atau log masuk ke MyFXTM

  • 2

    Pilih jenis akaun anda dan pilih 'Demo'

  • 3

    Mula berdagang, tanpa risiko!

Belajar berdagang dengan akaun dagangan demo

Hampir semua akaun dagangan langsung FXTM mempunyai akaun demo, bermakna kami menawarkan pelbagai instrumen kewangan yang menarik untuk anda temui. Lihatlah instrumen yang boleh anda mulakan dagangan pada akaun dagangan demo:

Forex

Forex

Dagangan Forex, juga dikenali sebagai dagangan FX atau mata wang, ialah tindakan membeli dan menjual mata wang. Bank, institusi dan pedagang individu membuat spekulasi tentang harga mata wang dan kemudian menukarnya untuk membuat keuntungan yang berpotensi. Pasaran forex ialah pasaran paling cair di dunia dengan pusing ganti harian lebih daripada USD $5 trilion dan pilihan yang popular bagi pedagang baru. Ketahui lebih lanjut tentang dagangan forex dengan FXTM.

Dagangan Logam Lani

Dagangan Logam Lani

Dagangan logam lani ialah tindakan menukar logam lani — Emas atau Perak — untuk mata wang, contohnya Emas berbanding Paun British, atau Perak berbanding USD. Logam lani mengikut sejarah ialah pilihan yang popular ketika pasaran tidak menentu kerana status 'safe haven' logam lani. Ketahui lebih lanjut tentang dagangan forex dengan FXTM.

CFD pada Komoditi

CFD pada Komoditi

Apabila anda sudah bersedia untuk beralih kepada dagangan langsung, komoditi mempunyai keperluan margin yang rendah dan cara yang hebat untuk mempelbagaikan portfolio anda. Sementara itu, anda boleh berlatih berdagang Minyak dan Gas di akaun demo Standard, ECN dan ECN Zero untuk MT4. Ketahui lebih lanjut tentang dagangan forex dengan FXTM.

CFD pada Indeks

CFD pada Indeks

Dagangan CFD pada Indeks dengan FXTM memberi anda akses kepada sekuriti yang terkenal di AS, Eropah, Asia dan Australia, bermakna anda boleh membeli dan menjual pilihan saham yang paling sesuai dengan strategi dagangan dan matlamat pelaburan anda. Ketahui lebih lanjut tentang dagangan forex dengan FXTM.

Dapat lebih dengan FXTM

Jika anda sudah bersedia untuk mula membangunkan kemahiran dagangan anda, daftar akaun demo hari ini!

Anda tidak pasti tentang jenis akaun yang sesuai bagi anda dan dagangan anda? Hubungi Pasukan Sokongan Pelanggan kami yang mesra dan akan membantu anda dengan senang hati.

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).