Perkhidmatan Pelanggan

Kami Memahami Keperluan Pelanggan Kami

Apa yang membezakan (FXTM) sebagai syarikat forex ialah kebolehan kami untuk mengenalpasti keperluan pelanggan kami dan bertindak balas kepada mereka sebaik mungkin. Kami berusaha untuk memastikan tiada masalah dalam perjalanan anda, dan jika terdapat masalah, kami berusaha untuk menyelesaikannya secepat mungkin. Tugas kami ialah untuk berkhidmat untuk anda dan kami merancang untuk melakukannya dalam cara yang paling luar biasa yang boleh dibayangkan.

Sokongan Pelanggan Pelbagai Bahasa

Sebagai syarikat antarabangsa yang mewakili pasaran antarabangsa, kami menyasarkan untuk mencapai semua pelanggan kami seluruh dunia. Menjadi cekap dalam pelbagai bahasa menghapuskan sempadan komunikasi dan bertindak balas secara efektif terhadap keperluan anda. Kami mewakili semua pelanggan kami seluruh dunia secara sama rata dan kami menghormati bahawa kebanyakan mungkin lebih selesa bercakap dalam bahasa ibunda mereka. Kebolehan kami untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa menjadikan penyelesaian masalah lebih mudah dan ini bermaksud keperluan anda akan dipenuhi dengan cepat dan berkesan.

Sokongan Dagangan dan Teknikal

Di ForexTime (FXTM) kami menyediakan sokongan dagangan yang tiada bandingannya untuk membantu memperbaiki pelanggan kami sebagai pedagang. Kami membantu anda menganalisis kesilapan dagangan anda untuk memperbaiki strategi anda dan mengelak kesilapan yang sama pada masa akan datang. Tambahan lagi, kumpulan kami memastikan sebarang masalah yang mungkin anda hadapi dengan sebarang produk kami akan dijelas dan dihadapi dengan segera.

Proses Pembukaan Akaun yang Mudah

Pembukaan akaun dengan ForexTime (FXTM) adalah proses yang mudah, cepat dan terus langsung. Kami menerangkan anda beberapa langkah pendaftaran pantas dan apabila anda telah memberikan kami butiran yang diperlukan dan sedikit dokumen asas, akaun anda akan diluluskan secepat mungkin, selaluya pada hari yang sama. Ia adalah prosedur yang pantas dan tidak rumit.

Kaedah Deposit dan Pengeluaran yang Pelbagai

Kami memahami kepentingan kemudahan apabila berkaitan dengan deposit dan pengeluaran. Setiap pelanggan berasa selesa mendeposit dan mengeluarkan wang melalui kaedah yang dipilih sendiri. Atas sebab ini, kami sedang berusaha untuk membangunkan kaedah deposit dan pengeluaran sebanyak mungkin. Kami akan memastikan bahawa proses ini cepat dan tidak rumit supaya anda tidak perlu risau tentang peluang perdagangan hilang atau mengalami kelewatan dalam mendapatkan wang anda semula.

Pilihan Platform Dagangan yang Pelbagai

Kami gunakan teknologi terkini untuk mengoptimumkan pengalaman dagangan tidak kira peranti atau platform yang anda ingin gunakan. Kami menyediakan platform dagangan utama; MT4 dan penggantinya MT5, yang kami sediakan untuk semua sistem operasi popular dan semua peranti moden. Tambahan pula kami menyediakan Platform Web Trader yang menyediakan akses kepada pasaran secara terus melalui pelayar web anda, memberikan anda kebolehan untuk mengambil kelebihan daripada peluang tersedia secara eksklusif kepada pasaran forex dengan mudah dan meyakinkan.

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).