Kontrak untuk Perbezaan

Istilah CFD bermaksud kontrak untuk perbezaan iaitu sejenis instrumen dagangan dan cara yang popular bagi pelabur untuk memasuki pasaran kewangan. Instrumen ini ditawarkan oleh broker di samping jenis aset biasa yang lain seperti forex, komoditi dan logam lani. Namun begitu, CFD adalah dalam bentuk dagangan derivatif. Ini bermakna nilainya diperoleh daripada pergerakan aset pendasar.

Mengikat Kontrak

Apabila pedagang memilih untuk berdagang CFD, itu bermakna mereka mengikat perjanjian antara diri mereka dan broker. Pedagang – "pembeli" – dan broker – "penjual" – bersetuju dengan kontrak yang membuat spekulasi pada harga aset dalam keadaan pasaran. Walaupun pedagang membuat spekulasi tentang instrumen kewangan, penting untuk diketahui bahawa perbezaan utama antara CFD dan dagangan tradisional:

CFD membolehkan pedagang berdagang pergerakan harga tanpa benar-benar memiliki aset pendasar. Pedagang CFD tidak memiliki aset pendasar, oleh itu boleh mengelak daripada kekurangan dan kos dagangan tradisional.

Apakah Dagangan CFD?

Bagaimanakah kontrak ini berfungsi? Secara asasnya, keuntungan dan kerugian dikira dengan melihat pada perbezaan harga antara ketika kontrak dimasuki dan ketika keluar daripada kontrak. Itu bermakna broker – atau 'penjual' – yang mengikat kontrak dengan anda akan membayar anda perbezaan antara harga pada permulaan kontrak dan harga pada penghujung kontrak. Jika kerugian terhasil, pedagang - "pembeli" – akan membayar broker perbezaan itu.

Pengiraan yang utama untuk keuntungan atau kerugian ialah: perbezaan antara harga anda masuk dan harga ketika anda keluar, didarabkan dengan bilangan unit CFD anda. CFD tersedia pada pelbagai pilihan pasaran. Dengan FXTM sebagai contoh, pedagang CFD boleh memilih daripada CFD saham, indeks, komoditi dan mata wang kripto, dan menikmati beberapa kelebihan berdagang instrumen ini secara terus. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang CFD individu yang ditawarkan, anda boleh melayari halaman spesifikasi kontrak FXTM yang terperinci.

Ketahui tentang kelebihan dagangan CFD melalui video kami:

Buka Akaun Langsung

Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko.

Cara Berdagang CFD

Berdagang CFD dengan broker berpengalaman ialah proses yang mudah. Apabila anda telah membuka akaun dagangan, anda hanya perlu membuat beberapa langkah, daripada memilih instrumen dan memulakan dagangan Jangan lupa – anda boleh mencuba pilihan dagangan CFD anda menggunakan akaun Demo untuk memastikan anda selesa dengan instrumen yang dipilih sebelum anda memasuki pasaran langsung.

Pilih instrumen anda

Antara CFD saham, CFD mata wang kripto, CFD indeks dan CFD komoditi, memilih aset pendasar anda ialah pilihan yang penting. Tidak pasti mana yang ingin dipilih? Lihat panduan permulaan untuk forex dan dagangan forex untuk mendapatkan gambaran keseluruhan yang meluas tentang aset pendasar yang boleh dipilih. Ataupun, ketahui pasaran yang menjadi tajuk utama dengan mengikuti laporan analisis dan video pasaran terkini.

Anda boleh mengetahui maklumat khusus yang tertentu bagi setiap CFD dengan melayari halaman spesifikasi kontrak broker. Di situ anda boleh mengetahui tentang maklumat khusus leveraj instrumen dan kos dagangan yang kompetitif.

Pilih kedudukan anda

Setelah anda menentukan jenis CFD yang ingin didagangkan, tiba masanya untuk menentukan kedudukan anda. Secara mudahnya, jika anda fikir harga aset anda akan naik, anda boleh membuka kedudukan panjang (beli) atau jika anda fikir harga aset akan turun, anda boleh membuka kedudukan pendek (jual).

Untuk menentukan jenis dagangan yang ingin dibuka, anda boleh menggunakan julat penunjuk, carta dan isyarat yang meluas. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang strategi dan penunjuk yang popular, anda boleh melayari panduan strategi forex.

Seterusnya, pilih saiz kedudukan yang ingin dibuka. Nilai unit CFD yang anda dagangkan akan bergantung pada instrumen, oleh itu anda perlu mengira bilangan unit CFD yang paling sesuai dengan strategi dagangan anda.

Pilih platform anda

CFD boleh didagangkan pada platform dagangan yang paling popular dalam industri, termasuk MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5). Platform ini dilengkapi dengan semua alatan yang diperlukan untuk berdagang CFD, termasuk lebih daripada 50 penunjuk teknikal dan alat carta. Anda juga boleh berdagang pada aplikasi mudah alih, membolehkan anda mengawasi keuntungan dan kerugian anda pada masa nyata, di mana-mana.

Contoh Dagangan CFD

Setelah menentukan pengiraan asas yang penting untuk menentukan keuntungan atau kerugian anda dengan CFD (perbezaan antara harga anda masuk dan harga anda keluar, didarabkan dengan bilangan unit CFD), mari lihat cara pengiraan ini boleh digunakan dalam amalan.

Bagaimanakah Dagangan CFD Berfungsi?

dagangan cfd berfungsi
dagangan cfd berfungsi
Contoh: Beli 1 lot #GE (General Electric)

Jika anda fikir harga saham General Electric akan naik dari masa ke masa, anda boleh membeli CFD pada #GE dengan FXTM. Harga pembukaan ialah 31.36 dan anda membeli satu lot pada harga ini, bermakna nilai nosional bagi kontrak anda ialah $3,136.

Untuk mengetahui tentang kedudukan anda, anda hanya perlu mengira perbezaan antara harga pembukaan dan harga penutup. Jika harga penutup bagi saham General Electric ialah 31.94, contohnya, perbezaannya ialah 0.58. Perbezaan ini, didarabkan dengan bilangan unit CFD anda, ialah cara anda mengira keuntungan atau kerugian yang dibuat pada dagangan tertentu.

Margin dan Leveraj CFD

Margin dan leveraj ialah pertimbangan yang penting apabila berdagang CFD. Salah satu kelebihan utama dagangan CFD ialah anda hanya perlu mendepositkan satu peratusan kecil daripada jumlah nilai dagangan. Pedagang CFD FXTM memerlukan margin bermula dari 3 peratus. Kalkulator margin FXTM ialah alat yang berguna untuk membantu anda mengurus margin anda pada akaun Standard FXTM.

Leveraj adalah lebih tinggi dengan CFD berbanding dagangan tradisional. Pedagang menggunakan sebahagian kecil daripada modal sendiri apabila membuka kedudukan, membolehkan potensi pulangan yang lebih besar. Oleh itu, penting untuk diingati bahawa leveraj mendatangkan potensi kerugian yang meningkat sama seperti keuntungan yang meningkat. Pedagang boleh menggunakan kalkulator leveraj dan margin FXTM untuk mengira keperluan tertentu bagi setiap jenis akaun FXTM.

Pasaran CFD

Masuki pasaran dengan FXTM untuk berdagang CFD pada pelbagai instrumen. Dengan FXTM, anda boleh berdagang:

CFD Komoditi

  • Minyak Brent UK (lani)
  • Minyak mentah AS (lani)
  • Gas asli AS (lani)

CFD Indeks

  • GDAX (Dax 30)
  • AUS200 (Australia 200)
  • ND100m (US Tech 100 – Mini)
  • UK100 (UK100)
  • SP500m (US SPX 500 – Mini)

CFD Saham

  • Amazon
  • Alibaba
  • Apple
  • Microsoft
  • American Express

CFD Mata Wang Kripto

  • Bitcoin
  • Ethereum
  • Litecoin
  • Ripple

Akaun Dagangan CFD

FXTM mempunyai pelbagai akaun dagangan yang ditawarkan untuk dagangan CFD. Ini sesuai bagi pedagang baru mahupun berpengalaman, dan disertakan dengan pelbagai keperluan leveraj dan margin yang kompetitif. Ketahui lebih lanjut setiap jenis akaun di bawah:

Akaun Standard

  • Spread terapung ketat
  • Pelaksanaan pantas
  • Perlindungan nilai dibenarkan

Akaun Cent

  • Spread terapung ketat
  • Pelaksanaan pantas
  • Leveraj tetap 1:1000

Akaun CFD Saham

  • 120+ Saham AS
  • Leveraj tetap 1:10
  • Tiada komisen

Akaun ECN Zero

  • Spread terapung ketat
  • Tiada komisen
  • Leveraj terapung sehingga 1:1000

Akaun FXTM Pro

  • Tiada komisen
  • Leveraj terapung sehingga 1:200
  • Tiada harga dilihat terakhir

Akaun Demo FXTM

  • Berdagang dengan modal maya
  • Berlatih di bawah keadaan pasaran sebenar
  • Persekitaran bebas risiko
Buka Akaun Langsung

Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko.

Platform Dagangan CFD

MT4 dan MT5 serasi dengan carta terkini dan alat untuk membantu anda memajukan strategi dagangan CFD anda. Dengan FXTM, anda boleh menggunakan platform paling popular dalam industri untuk berdagang CFD pada saham, indeks, komoditi dan mata wang kripto.

MetaTrader dilengkapi dengan alat yang terkini, memberi anda pengalaman dagangan CFD yang mesra pengguna dan lancar. Ketahui cara ciri terkini dapat meningkatkan pemahaman dan analisis pasaran anda.

Anda juga boleh berdagang dari peranti mudah alih dengan FXTM Trader. Aplikasi pelaburan resolusi ini membolehkan anda mengakses pasaran dari tapak tangan anda, di mana-mana sahaja. Muat turun hari ini untuk mengurus dagangan anda dengan segera, melihat akaun dagangan anda dan mengakses kadar mata wang langsung.

Alat Dagangan

Pakar Penasihat

Pakar Penasihat ialah program yang menggunakan algoritma untuk berdagang dalam pasaran. Ia memberikan respons kepada parameter yang ditetapkan untuk menghantar arahan dagangan bagi pihak anda. Ini menjimatkan masa anda – anda tidak perlu membuka, mengubah suai atau menutup kedudukan anda secara manual pada sesebuah aset. Ia satu lagi cara yang dibolehkan oleh platform MetaTrader untuk menyesuaikan dagangan dalam talian ke dalam jadual yang sibuk.

Kalendar Ekonomi

Kalendar ekonomi ialah alat yang sangat diperlukan untuk analisis fundamental. Alat ini memaparkan lebih daripada 500 indeks dan peristiwa ekonomi secara jelas pada carta harga. Penunjuk makroekonomi dikemas kini pada masa nyata, bermakna anda boleh mengikuti perkembangan pasaran sepanjang masa.

Penguji Strategi

Penguji Strategi membolehkan pedagang menilai strategi dagangan mereka dan mengoptimumkan Pakar Penasihat platform. Alat ini boleh menguji lebih daripada 40 ciri dan mengeluarkan laporan yang komprehensif.

Alat Analisis

Pedagang boleh memilih daripada 46 objek termasuk alat Gann, Fibonacci dan Gelombang Elliott.

Sejarah Pembekal CFD

Pembekal CFD memberi pedagang akses kepada pasaran dalam talian dengan keperluan margin, jenis akaun dan platform dagangan yang berbeza-beza. Pembekal CFD ialah penemuan yang cukup moden – instrumen ini hanya tersedia kepada pelanggan runcit sejak lewat tahun 1990-an. Namun begitu, berkembang maju dengan cepat. Pembekal CFD dalam talian membuka pintu kepada pelbagai peluang baru kepada pedagang, termasuk menambah derivatif pada portfolio mereka. Hari ini London School of Economics menganggarkan bahawa akaun dagangan CFD adalah lebih daripada sepertiga daripada semua dagangan pasaran saham di UK.

Memilih Broker CFD

Apabila melibatkan pemilihan broker untuk berdagang CFD, penting untuk membuat pilihan yang betul. Pedagang perlu mencari broker yang dikawal selia, selamat dan berpengalaman, termasuk broker pemenang anugerah seperti FXTM. Terdapat beberapa ciri tertentu yang membezakan FXTM daripada broker lain:

Kelebihan Dagangan CFD

CFD dipilih oleh pelabur kerana pelbagai kelebihan yang berkaitan dengan kontrak. Pedagang CFD tidak memiliki aset pendasar, oleh itu boleh mengelak daripada beberapa kos yang berkaitan dengan dagangan tradisional.

Leveraj lebih tinggi

Broker biasanya menawarkan CFD dengan leveraj yang lebih tinggi berbanding instrumen kewangan tradisional yang lain. FXTM menawarkan leveraj sehingga 1:1000* yang boleh meningkatkan potensi keuntungan pedagang. Lebih rendah keperluan margin bagi CFD bermakna potensi pulangan lebih besar secara keseluruhan – namun, pedagang perlu ingat bahawa leveraj boleh meningkatkan kerugian dan juga keuntungan.

Memilih pesanan panjang dan pendek

CFD memberi pedagang kemampuan untuk memilih pesanan panjang dan pendek pada instrumen. Oleh sebab aset pendasar tidak benar-benar dimiliki, pedagang mempunyai lebih banyak fleksibiliti dan boleh membuat pesanan pendek pada instrumen dagangan CFD tanpa bimbang tentang kos tambahan.

Pelbagai peluang dagangan

Kebanyakan broker menawarkan CFD pada pelbagai pasaran. Berdagang CFD, anda boleh memasuki pasaran komoditi, indeks dan mata wang kripto dengan FXTM – dan menikmati peluang dan kelebihan yang berkaitan dengan setiap satu.

Kekurangan Dagangan CFD

Walaupun terdapat banyak manfaat CFD, terdapat kelemahan yang pedagang perlu ingat apabila menentukan tentang instrumen dagangan mereka.

Bayaran Spread

Walaupun CFD menghindari CFD daripada banyak kos dagangan tradisional, pedagang CFD perlu membayar kos spread. Pedagang CFD perlu membayar spread ketika masuk dan keluar daripada kedudukan, bermakna mungkin lebih sukar untuk membuat sedikit keuntungan. Kos spread mesti diambil kira dalam untung dan rugi yang dikira daripada dagangan CFD.

Risiko

CFD turut mengandungi risiko. Berdagang instrumen ini boleh mendatangkan risiko dan dengan cepat, pedagang perlu berhati-hati dengan mempunyai strategi pengurusan strategi yang menyeluruh. Membuat pesanan henti rugi boleh membantu meminimumkan potensi kerugian, tetapi tidak menghapuskan semua risiko.

Bagaimanakah CFD Dikenakan Cukai?

Berkenaan cukai, tiada setem duti untuk dibayar pada CFD kerana aset pendasar tidak dimiliki. Namun begitu, cukai laba modal masih dikenakan. Secara keseluruhan, cukai mewakili satu bahagian CFD yang memberikan penjimatan kos kepada pedagang berbanding dagangan tradisional.

Apakah yang menjadikan pedagang CFD berjaya?

Apakah yang menjadikan pedagang CFD berjaya? Di FXTM, kami percaya bahawa pedagang yang berjaya ialah pedagang yang berpendidikan. Pedagang yang mendapat pemahaman yang mantap tentang pasaran dan membuat strategi dagangan yang menyeluruh mengikut kajian lebih berkemungkinan untuk lebih bersedia menghadapi pasaran langsung. Itulah sebabnya penting untuk pedagang memanfaatkan sepenuhnya sumber pendidikan untuk membantu mereka membina strategi dagangan peribadi mereka. Terutamanya penting untuk mencipta strategi untuk meminimumkan kesan emosi terhadap keputusan dagangan yang penting.

Lihatlah sumber pendidikan percuma FXTM di sini.

Strategi Dagangan CFD

Terdapat beberapa strategi yang popular untuk diingati apabila berdagang CFD.

Strategi dagangan Swing

Dengan dagangan swing, anda mencari aset yang mungkin akan mempunyai pergerakan harga jangka pendek yang boleh dieksploitasi. Membiarkan kedudukan anda semalaman menarik lebih banyak risiko kerana kemungkinan berlakunya peristiwa yang tidak dijangka akan mempengaruhi pasaran semasa perhatian anda di tempat lain. Ketahui lebih lanjut.

Strategi dagangan harian

Seperti yang disarankan pada namanya, pedagang harian membuka dan menutup dagangan sepanjang hari, biasanya memegang kedudukan hanya selama beberapa jam. Dagangan harian menghapuskan risiko yang berlaku apabila anda membiarkan kedudukan semalaman. Ketahui lebih lanjut.

Strategi dagangan Scalping

Pedagang Scalping menyasarkan pergerakan harga intrahari dan bertujuan untuk menghasilkan keuntungan yang sangat kecil dengan sangat kerap. Mereka biasanya hanya memegang kedudukan selama beberapa saat atau minit dan mengeksploitasikan peluang semasa mereka berdagang dengan trend yang sedang berlaku. Ketahui lebih lanjut.

Berdagang CFD dengan broker pemenang anugerah global. Buka akaun anda hari ini.

Buka Akaun Langsung

Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko.

*Leveraj ditawarkan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman pelanggan

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).