Menerajui laluan dalam dagangan dalam talian

Ditubuhkan pada tahun 2011, jenama FXTM ialah peneraju global dagangan dalam talian, membuka peluang pasaran kewangan kepada khalayak global, di mana-mana sahaja mereka berada dan walau apa pun cita-cita kewangan mereka.

Perkara yang kami lakukan

Kami ialah pakar dalam dagangan berleveraj, memberi anda potensi untuk menjana pulangan kewangan sama ada ketika harga menaik mahupun menurun bagi FX, indeks, komoditi, saham dan mata wang kripto. Sama ada anda pedagang yang berpengalaman atau baru, kami bersedia untuk membantu anda mendapatkan kebebasan dalam pasaran kewangan.

Rangkaian pejabat dan pengawalseliaan kami di serata dunia merangkumi Eropah, Timur Tengah, Afrika, Asia dan Amerika Latin, dan kami telah menarik lebih daripada 4 juta pelanggan dari 150 buah negara.

Mengapa memilih FXTM?

Dipercayai oleh lebih daripada 4 juta individu di seluruh dunia

Sejak pelancaran kami pada tahun 2011, lebih daripada 4 juta orang di seluruh dunia telah memilih FXTM sebagai rakan dagangan mereka dan ribuan pedagang baru menyertai kami setiap bulan.

Pengawalseliaan global dan perlindungan dana berasingan

Kami dikawal selia di berbilang bidang kuasa dan pada semua perkhidmatan ini kami menawarkan pengasingan penuh dana untuk pelanggan runcit. Walau di mana anda berada di dunia ini, kami menyimpan dana anda di bank peringkat atasan, diasingkan sepenuhnya daripada aset syarikat.

25+ anugerah industri

Kami telah membina perniagaan kami dengan membantu pelanggan untuk berdagang dan kami gembira usaha kami telah diiktiraf dengan lebih 25 anugerah sejak tahun 2011.

Manfaat berdagang dengan kami

Akaun yang disesuaikan untuk setiap jenis pedagang

Kos dagangan yang rendah dan pelaksanaan dagangan yang sangat pantas – semak kad skor prestasi kami

Platform dagangan paling popular di dunia - pilih MT4 atau MT5 di peranti mudah alih, desktop atau web

Kursus pendidikan dan panduan percuma untuk membantu anda bermula atau membangunkan kemahiran dagangan anda

Temui lebih daripada 5,000 pedagang untuk disalin, dengan program salin dagangan kami yang inovatif, FXTM Invest

Kepimpinan global

Pasukan kepimpinan global kami memiliki pelbagai pengalaman dalam industri dagangan dalam talian dan berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan dan teknologi yang membantu pelanggan kami berjaya dalam pasaran kewangan.

Andrey Dashin

Andrey Dashin

Pengasas
Pemegang Saham Majoriti

Olga Rybalkina

Olga Rybalkina

Rakan Pengurusan
Pemegang Saham Majoriti

Nichloas Defteras

Nichloas Defteras

Ketua Pegawai Eksekutif Global
Pengarah Eksekutif

Lex Webster

Lex Webster

Ketua Pegawai Perdagangan Global
Pengarah Eksekutif

Valeriya Kolesnik

Valeriya Kolesnik

Ketua Pegawai Operasi Global
Pengarah Eksekutif

Sergey Chumarov

Sergey Chumarov

Ketua Pegawai Teknologi Global
Pengarah Eksekutif

Olga Rybalkina

George Kyriakoudes

Ketua Pegawai Kewangan Global
Pengarah Eksekutif

Charis Mountis

Charis Mountis

Ketua Peniaga Global
Pengarah Eksekutif

Pasukan kepimpinan kami memegang pelbagai jawatan di entiti yang dikawal selia oleh Kumpulan

Kerjaya

Sejak pelancaran kami pada tahun 2011, kami telah berkembang dengan pesat disebabkan oleh budaya yang menggalakkan inovasi dan kerjasama global.

Pada masa ini kami mempunyai lebih daripada 800 kakitangan di lebih daripada 10 pejabat di seluruh dunia.

Untuk menyokong rancangan perkembangan kami yang hebat, kami sentiasa mencari mereka yang berbakat untuk menyertai pasukan kami, oleh itu sama ada anda ialah pakar dalam bidang anda atau baru bermula dalam kerjaya anda, temui peluang baru bersama FXTM.


Layari halaman kerjaya kami

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).